Matlamat utama PERMATA Kurnia adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap autism dan untuk membimbing dan menyediakan kanak-kanak yang mengalami autisme ke sekolah aliran perdana.

PERMATA telah berkolaborasi dengan Autism Speaks, iaitu sebuah badan organisasi antarabangsa yang membela kanak-kanak autisme di Amerika Syarikat. PERMATA Kurnia juga turut mendapat sokongan penuh dan bantuan daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan.

PERMATA Kurnia telah dibangunkan untuk mencapai objektif berikut

  • Mendidik kanak-kanak autisme menjadi berdikari dan memberi sumbangan kepada masyarakati
  • Memperkasakan ibu bapa untuk membolehkan mereka meyediakan penjagaan yang sesuai bagi memupuk perkembangan kanak-kanak autisme.
  • Menyediakan latihan dan konsultasi kepada guru dan ahli terapi tentang penggunaan strategi-strategi berasaskan penyelidikan dalam mendidik kanak-kanak autisme
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap autisme dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak autisme dan keluarga mereka.
  • Menjadi model kepada pusat-pusat autisme yang akan dibina pada masa akan datang di seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai PERMATA Kurnia boleh didapati di: http://www.programpermata.my/bm/kurnia/

Kini, PERMATA Kurnia telah mengenalkan kursus online iKurnia, yang ditawarkan untuk ibu bapa yang mempunyai anak autisme, para pendidik, ahli terapi dan juga sesiapa sahaja yang ingin mempelajari mengenai autisme.

Promo mengenai kursus iKurnia:

Kursus iKurnia boleh sertai di link berikut:

https://www.openlearning.com/courses/ikurnia-asas-autisme

Selain kursus online, PERMATA Kurnia juga menawarkan beberapa program lain untuk ibu bapa yang mempunyai anak autisme:

Program Intervensi Awal dan Sokongan Keluarga – bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak autisme sebelum ke program pra-sekolah di Pusat PERMATA Kurnia. Program ini menawarkan perkhidmatan dalam sesi dua jam setiap minggu bersama keluarga yang mempunyai kanak-kanak berumur 2 tahun sehingga 6 tahun. Intervensi yang dijalankan adalah secara one-to-one iaitu seorang pegawai intervensi kepada setiap orang kanak-kanak.

Program Pendidikan Komuniti – bertujuan untuk mendedahkan kepada ibu bapa, pendidik/terapi dan komuniti mengenai autisme dan juga strategi intervensi yang berkesan.

Sila hubungi PERMATA Kurnia untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut:

Tel: 03-4026 8200 / 03-4026 8201

Fax: 03-4026 8281

Email: kurnia@permata.jpm.my

Facebook: PERMATA Kurnia


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter