Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan media-media massa.

Terdapat beberapa jenis jenayah penderaan kanak-kanak seperti penderaan fizikal dan mental, penderaan seksual, pengabaian kanak-kanak dan eksploitasi. Penderaan fizikal ini adalah keganasan secara fizikal dan mental dari sesiapa sahaja yang bertanggungjawab melindungi mereka sebagai contoh menyimbah air panas di tubuh badan kanak-kanak.

Penderaan seksual pula, adalah menjadikan kanak-kanak hamba seks sebagai contoh, melepaskan nafsu kepada kanak-kanak seperti merogol dan memperkosa. Mengabaikan keperluan harian sekiranya mampu adalah penderaan kanak-kanak dari segi pengabaian kanak-kanak sebagai contoh tidak memberi makan dan tidak memberi pendidikan.

Eksploitasi adalah menggunakan mereka untuk kepentingan sendiri seperti memaksa kanak-kanak untuk mengemis untuk peroleh wang. Namun, jenis jenayah penderaan seksual adalah jumlah kes yang paling banyak daripada penderaan yang lain dan sebanyak 10,575 kes penderaan seksual melibatkan kanak-kanak telah dilaporkan di antara 2013 dan Julai 2016.

Mengikut akta kanak-kanak yang dipinda pada tahun lepas, hukuman yang akan dikenakan pada pesalah ialah denda maksimum sehingga RM50,000 dan dipenjara sehingga 20 tahun berbanding dengan hukuman 10 tahun sebelum pindaan dibuat iaitu denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga 10 tahun.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan Rang Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-kanak dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan hadapan kerana ia mampu menangani perkara ini dan isu-isu lain termasuk pornografi, penderaan seksual dan grooming melibatkan kanak-kanak.

Jika diluluskan, Rang Undang-undang baharu itu akan menjadi pelengkap kepada Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, yang membawa hukuman lebih berat. Tambahan pula, mahkamah khas akan diwujudkan bagi mempercepatkan perbicaraan kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak.

Selain itu, akta itu mengandungi peruntukan yang membolehkan pihak ketiga membuat laporan berkaitan kes penderaan kanak-kanak kerana pada masa ini ha­nya keluarga terdekat, doktor dan penjaga kanak-kanak diberi tanggungjawab tersebut.

Statistik Penderaan Seksual Kanak-kanak.

Tahun Jumlah kes
2016 1019
2015 928
2014 984
2013 1093
2012 963
2011 824
2010 937


Sumber:
Jabatan Kebajikan Masyarakat

*Jumlah kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan ke JKM dan PDRM berbeza kerana tidak semua kes penderaan dilaporkan ke PDRM dan terdapat kes penderaan yang dapat diselesaikan peringkat JK


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter