Program Rumah Transit 1 Malaysia (RT1M) ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda baru berkahwin yang berpendapatan rendah dan berkelayakan. Objektif Program RT1M ialah untuk memberi kemudahan kepada golongan muda yang berkahwin berumur 30 tahun dan ke bawah untuk menyewa.

image

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan selama dua (2) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Untuk mendapat kelayakkan bantuan ini, pemohon semestinya kewarganegaraan Malaysia dan berumur 30 tahun ke bawah. Selain itu, pemohon yang layak menerima hanya untuk mereka yang baru berkahwin (kali pertama) dalam tempoh setahun daripada tarikh yang ditetapkan oleh awatankuasa Pemilihan Penyewa Program Rumah Transit 1Malaysia. Seterusnya, pemohon yang layak sekiranya tidak mempunyai rumah sendiri dan bekerja di kawasan atau negeri rumah transit dipohon. Pendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah dan tiada rekod jenayah.

rumah-rakyat-pasangan-muda-1

Lokasi RT1M terkini berada di PPR Pinggiran Bukit Jalil Blok L dan M yang mengandungi sebanyak 632-unit yang dijadikan projek perintis untuk program ini. RT1M ini akan diperluaskan ke bandar-bandar besar seluruh Malaysia.

Kemudahan dan ciri-ciri rumah RT1M.

Kemudahan Ciri-ciri
  • Dewan serbaguna
  • Ruang taska
  • Kedai atau gerai
  • Pejabat pengurusan
  • Tempat letak kereta
  • Tempat letak motosikal
  • Pagar kawasan
  • Kawalan keselamatan
  • Surau
  • Lif
  • Landksap
Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi

2 atau 3 bilik tidur

2 bilik air

Ruang tamu

Ruang dapur

Dilengkapi dengan kipas dan lampu

 

Borang boleh didapati di Jabatan Perumahan Negara atau muat turun di sini → Borang permohonan RT1M.

Borang permohonan beserta dokumen lengkap boleh dihantar secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut:

Pengarah

Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

Aras 30, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,

62100 Putrajaya.


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter