Pernahkah anda perasan, kadang-kadang orang yang baru sampai ke wad kecemasan akan masuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu walaupun anda sudah menunggu sekian lama? Ataupun ada orang yang kelihatan lebih parah tetapi masih menunggu giliran?

Sebab utama anda mungkin menunggu lebih lama untuk giliran adalah Triage. Triage adalah sistem merawat mangsa mengikut keparahan dan keperluan segera untuk  mendapat rawatan perubatan. Jururawat di Wad Kecemasan akan menentukan pesakit yang diberi keutamaan melalui proses Triage.

Lebih banyak Doktor dan Jururawat akan ditugaskan ketika masa puncak tetapi sekiranya Wad Kecemasan terlalu sesak, pesakit terpaksa menunggu giliran terutama bagi pesakit yang perlu menggunakan x-ray, CT Scan atau memerlukan rangkaian perkhidmatan ujian seperti ujian makmal dan radiologi.

Bagi melancarkan sistem dan mengurangkan masa menunggu di Wad Kecemasan, 4 peraturan asas Wad Kecemasan telah diperkenalkan.

  1. Pesakit cuma boleh membawa seorang (Keluarga/Kawan) dalam bilik pemeriksaan;
  2. Handphone mesti diletak di dalam poket atau di dalam beg;
  3. Pastikan tangan bersih – gunakan hand sanitizer yang disediakan;
  4. Menjaga keselamatan Wad Kecemasan – tiada toleransi kata-kata kesat atau tingkah laku agresif

Bagi pesakit yang diberi pelepasan, antara perkara penting yang perlu diambil kira adalah:

  1. Adakah anda faham arahan yang diberikan;
  2. Apakah langkah-langkah seterusnya;
  3. Memantau tanda-tanda tertentu;
  4. Tanda-tanda merbahaya;
  5. Preskripsi yang diperlukan;
  6. Temujanji yang seterusnya.

Dan jangan lupa membawa ubat-ubat yang sedang diambil ataupun (menyimpan nama ubat-ubat) semasa melawat Wad Kecemasan.

Lihat Video :

Sumber dari YouTube DocMikeEvans


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter