Mesin Dishwasher memang belum berapa popular dikalangan penduduk Malaysia. Tetapi sesiapa yang mempunyainya, memang terasa lega apabila tiba masa mencuci pinggan mangkuk terutama sekali selepas jamuan besar.

Tahukah anda terdapat cara-cara yang betul untuk memuat pinggan mangkuk, periuk dan sudu garpu anda?

  1. Memuat Dishwasher dari bahagian belakang ke depan, ini akan mengurangkan keberangkalian pinggan dari pecah;
  2. Mengeluarkan barang-barang dari bawah terlebih dahulu diikuti dengan barangan di rak atas;
  3. Sentiasa gunakan rak pemisah untuk memuat pinggan mangkuk dan pastikan bahagian kotor menghadap ke dalam;
  4. Bahagian atas Dishwasher adalah tempat untuk memuat gelas, mug, utensil memasak dan barangan plastic. Tinggalkan ruang di antara gelas atau barangan kaca kerana gegaran mungkin menyebabkan keretakan sekiranya gelas-gelas anda  bersentuhan;
  5. Bahagian bawah Dishwasher adalah bahagian yang paling panas, elakkan meletak barangan plastic. Periuk belanga akan dimuat ke bahagian ini, menghadap ke bawah;
  6. Sudu dan garpu diletak di tempat yang disediakan menghadap ke atas dan tinggalkan ruang di antaranya;
  7. Pra-bilas? Sekiranya makanan yang dimakan melekit (oat/bubur/nasi) atau berminyak, bilas terlebih dahulu. Tetapi kebanyakan mesin yang baru akan lebih effisien sekiranya pinggan mangkuk tidak di pra-bilas;
  8. Jika anda mendapati pinggan mangkuk anda tidak bersih, salah satu sebab ialah kesesakan. Jangan memuat terlalu banyak pinggan mangkuk sekali gus;
  9. Antara barang-barang yang tidak boleh dimasukkan ke dalam Diswasher: pisau yang mahal, botol penebat haba, barangan perak/bersalut perak, barangan Kristal, aluminium, periuk Cast Iron dan Non-Stick dan utensil diperbuat daripada kayu.

Lihat Video : 

Sumber dari : Clean My Space | Food52.com


 

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter