Dalam Bajet 2017, sebanyak RM300 juta peruntukan disediakan oleh kerajaan untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN). Peruntukan ini disediakan adalah untuk memberi semangat yang tinggi kepada peniaga-peniga kecil untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka melalui TEKUN yang menyediakan pelbagai bentuk skim pembiayaan, latihan ,kursus dan program-program.

Sebanyak RM100 juta mungkin digunakan untuk perlaksanaan Skim TemanNita bagi peniaga-peniaga dan usahawan wanita.

16729464_1746064499056299_6229321061084483998_n
Foto oleh : Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Skim Pembiayaan Program TemanNita akan diperkenalkan dan pelancaran program ini diadakan pada 23 Februari 2017 bertempat di MAEPS Serdang serta dirasmikan oleh Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri. Skim temanita ini merupakan satu skim mikro kredit baharu di bawah tekun bakal melahirkan ramai usahawan wanita di negara ini. Skim mikri kredit ini berkonsepkan berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan peniaga.


Syarat kelayakan: –

  1. Bumiputera (galakkan kepada wanita)
  2. Berumur 18-60 tahun
  3. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai perancangan perniagaan yang berdaya maju.
  4. Mempunyai lesen, permit dan daftar perniagaan (SSM) yang sah
  5. Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak
  6. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM50,000

Syarat pembiayaan: –

  1. Membentuk kumpulan lima (5) orang usahawan (Wanita) dari kenalan atau rakan perniagaan yang boleh dipercayai dan menjalan latihan asas pembiayaan TEKUN Nasional
  2. Ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan dalam satu kumpulan
  3. Ahli kumpulan yang merangkumi dari pelbagai jenis aktiviti perniagaan yang sah disisi undang-undang.
  4. Ahli perniagaan hendaklah berdekatan antara satu sama lain dalam lingkungan KURANG dari 10 kilometer dan bergantung kepada lokaliti perniagaan kumpulan.
  5. Membayar balik secara mingguan  atau dwi mingguan atau bulanan atau PD Cheque.
  6. Menghadiri perjumpaan setiap minggu di tapak perniagaan atau pejabat TEKUN cawangan atau tempat bersesuaian bersama pegawai TEKUN.
  7. Pembiayaan bertindih secara berkumpulan selepas 1 tahun dan separuh baki pembiayaan dibenarkan.
  8. Perlindungan di bawah Insuran Takaful (Pembiayaan) dan Insuran Hayat dan Kemalangan.
  9. Caj pengurusan TEKUN 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.
  10. Simpanan wajib 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.

Jumlah dan Tempoh Pembiayaan: –

  • Pembiayaan pertama dari RM1000 sehingga RM10000.
  • Pembiayaan seterusnya sehingga RM20000.
  • Tempoh pembiayaan antara 6 bulan sehingga 5 tahun.

 

Maklumat Lanjut : TEKUN NASIONAL