TEKUN Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional telah diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Kini TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.  Sehingga kini TEKUN Nasional telah beroperasi di 222 kawasan parlimen.

16831015_1746064445722971_916631560648433643_n

TEKUN Nasional mengambil pendekatan yang positif dengan mewujudkan kepelbagaian skim pinjaman sebagai langkah mesra usahawan untuk membuat pilihan pinjaman bagi meluaskan lagi bidang perniagaan yang diceburi oleh usahawan antaranya adalah Skim Pembiayaan Program TemanNita.

Skim Pembiayaan Program TemanNita menggunakan konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.  Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli yang kesemuanya adalah dari kalangan wanita.

16832066_1746064459056303_2939109361140106319_n

Melalui pembentangan BAJET 2017, TEKUN Nasional telah diberi peruntukan berjumlah RM 300 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 100 juta telah diperuntukkan di bawah Skim Pembiayaan Program TemanNita. Ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu golongan wanita yang bukan sahaja memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, malah tunjang belakang institusi kekeluargaan melalui skim ini, dijangka ekonomi rakyat dapat dipertingkatkan.

Di bawah skim ini, pembiayaan pertama adalah sehingga RM10 ribu dan pembiayaan seterusnya sehingga RM20 ribu. TEKUN mensasarkan seramai 10,000 orang usahawan wanita akan menerima pembiayaan RM 100 juta di bawah Skim Pembiayaan Program TemanNita. Mulai Januari 2017 sehingga kini, sebanyak RM405 ribu telah disalurkan kepada 60 orang usahawan melalui 12 kumpulan di bawah Skim Pembiayaan Program TemanNita seluruh Malaysia.

16831015_1746064445722971_916631560648433643_n-1

Di samping itu, di bawah Skim Pembiayaan Program TemanNita juga, TEKUN sebagai agensi pembiayaan akan bekerjasama dengan PNS yang bertindak sebagai agensi pembangunan usahawan.  

Melalui kerjasama ini, usahawan wanita yang berminat boleh mendapat pembiayaan untuk menjalankan perniagaan berkonsepkan franchise seperti Ayam Pusing Bonda, Putu Bambu World, Lpizz, Oblong Burger, Talapia Bakar.

Sejak ditubuhkan, TEKUN Nasional telah menyalurkan RM 4.6 billion kepada 381,708 orang usahawan di seluruh Malaysia dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM 2.2 billion kepada 271,006 orang usahawan wanita.