Tahukah anda lebih 7,000,000 orang di seluruh dunia meninggal dunia akibat serangan jantung setiap tahun?

Semasa serangan jantung, otot pada jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Ini disebabkan oleh kehadiran plak pada koroneri arteri – saluran yang membekalkan darah beroksigen ke jantung – yang bertambah dan menyebabkannya tersumbat.

Antara tanda-tanda serangan jantung adalah:

  1. Sakit bahagian dada yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen pada otot jantung. Ia akan merebak ke lengan kiri, rahang, bahagian belakang atau abdomen.
  2. Pening dan loya.
  3. Sesak nafas.
  4. Lemah atau letih badan.

Sekiranya anda nampak seseorang yang menunjukkan symptom di atas, hubungi 999 dengan segera.

Faktor genetic dan gaya hidup boleh mempengaruhi risiko serangan jantung. Cara-cara mengurangkan risiko serangan jantung:

  1. Bersenam : Melakukan kardio dan strength training beberapa kali seminggu
  2. Pemakanan sihat : Elakkan pengambilan gula dan makanan yang mengandungi lemak tepu. Lebihkan makanan seperti sayur berserat tinggi, protein dari iakn dan ayam, whole grain dan kekacang seperti badam dan walnut.
  3. Kurangkan berat badan.
  4. Ubat preskripsi : Pengambilan ubat-ubat preskripsi oleh doktor terutamanya mereka yang pernah melalui serangan jantung atau yang berisiko tinggi.
  5. Tidur yang cukup.
  6. Membuang tabiat merokok.
Lihat Video :

Sumber :  TED-Ed youtube channel


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter