Projek Pemajuan Kawasan (PPK)

Objektif program ini adalah mewujudkan penempatan baru yang lebih terancang dan teratur khususnya bagi penduduk kampung yang terdedah kepada ancaman bencana alam, ancaman keselamatan, ancaman kesihatan, dan petempatan yang terletak di kawasan yang tidak sesuai dan aksessibiliti yang sukar. Seterusnya, membuat penyusunan semula infrastruktur kampung dan menyediakan kemudahan asas yang lebih baik untuk menaiktarafkan kampung-kampung tradisi.

komponen-rumah

Selain itu, objektif PPK ini adalah untuk meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat luar bandar melalui penempatan baru yang lebih terancang dan serba lengkap dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur serta ameniti sosial yang bersesuaian.

komponen-ameniti-sosial

Golongan sasaran bagi Projek Pemajuan Kawasan ini ialah: –

  1. Kumpulan yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan semasa. Rujuk di sini PGK.
  2. Peserta yang berdaftar dalam Pangkalan Data e-Kasih.
  3. Mangsa yang terdedah kepada ancaman keselamatan dan bencana alam seperti banjir, hakisan sungai atau pantai, tanah runtuh, tsunami, rebut taufan dan sebagainya.
  4. Peserta penempatan semula kampung seperti golongan orang asli, nelayan dan sebagainya.

Contoh Projek Pemajuan Kawasan (PPK) mengikut komponen

Komponen Rumah Komponen Infrastruktur Komponen Ameniti Sosial Komponen Prasarana Perniagaan
  • Rumah berkembar
  • Rumag Teres
  • Rumah Sesebuah
  • Jambatan
  • Perparitan
  • Bekalan Air
  • Rumah TNB
  • Sistem Rawatan Kumbahan
  • Jalan
  • Surau
  • Tadika
  • Dewan & Balai Raya
  • Padang Permainan
  • Bengkel
  • Kedai
  • Gerai

 

Senarai Projek Bawah RMKE-11 (RP1 – 2016/2017)

Bil. Projek Keluasan(ha) Bil. Peserta (orang) Lokasi
1 Kg. Lima 12.14 60 Nabawan, Sabah
2 Kg. Air Putih 16.70 200 Kemaman, Terengganu
3 Al Mukhtafi Billah Shah 7.36 120 Dungun,Terengganu
4 Kg. Parit Mengkuasang 12.14 170 Pontian, Johor
5 Kg. Hujung Ketun 3.20 70 Pendang, Kedah
6 Kg. Kubang Kenyeng 1.75 60 Padang Terap, Kedah
7 Kg. Ulu Slim 7.43 70 Mualim, Perak
8 Daerah Lundu Fasa 1 12.14 100 Lundu, Sarawak
9 Masyarakat Nelayan Kg. Punggai 12.73 130 Kota Tinggi, Johor

http://www.rurallink.gov.my


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter