Ekoran kejadian kemalangan tragis yang melibatkan 8 remaja maut termasuk yang kritikal dan juga cedera, Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim menasihati agar ibubapa memantau pergerakan anak-anak dan tidak membenarkan mereka keluar rumah bersendirian pada waktu malam.

Baginda turut bertitah kepada ibubapa melarang anak-anak bermain di kawasan bahaya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Biar anak menangis, jangan kita yang menangis. Yang pergi, tidak akan kembali. Itulah antara nasihat baginda kepada semua ibubapa.

Dalam kejadian pada jam 3 pagi kelmarin, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun telah merempuh sekumpulan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam.

Mengikut Ketua Polis Johor ACP Sulaiman Salleh, sebelum kejadian sekumpulan 30-40 remaja yang berusia 13-19 tahun sedang berkumpul di kawasan berhampiran tanah perkuburan untuk berlumba sesama mereka.

Justeru itu, beliau turut menasihati ibubapa agar memainkan peranan penting dalam memastikan segala pergerakan anak mereka dapat dikawal agar anak-anak tidak keluar pada waktu malam. Apa yang pasti kejadian ngeri itu telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.
SALAM TAKZIAH DAN AL-FATIHAH..

Semoga الله mencucuri rahmat ke atas roh nya dan di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman… Amin…

#WanitaMaya  #Salam30Peratus

Penulis – TUN RAHIM | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter