Bentuk Isian
Bulat, Bujur atau Berlengkung Ganache atau Cream: Buttercream, Cherry Cordial, Chocolate Truffles, Rasberry Cream
Permukaan Beralun Berkacang: Kacang seperti badam, hazelnut yang diadun bersama coklat
Bebalut Coklat Tanpa Isi atau Kacang
Segi Empat Soft Caramel biasanya berbentuk segi empat, Fudge juga berbentuk segi empat tetapi lebih besar dari Soft Caramel, manakala Chewy Caramel berbentuk segi empat tepat

Anda juga boleh meneka perisa coklat tersebut melalui dekorasi di atas coklat, warna kuning menandakan perisa lemon, warna oren menandakan perisa oren, dot putih menandakan perisa kelapa, warna oren mungkin menandakan strawberry/passionfruit.

Berita baik untuk penggemar coklat. Kajian mendapati bahawa pengambilan coklat (yang berpatutan) memberi kesan positif kepada kesihatan:

  1. Meningkatkan prestasi kognitif : Pemakanan coklat secara tetap boleh membawa kepada fungsi kognitif yang lebih baik – termasuk aktiviti otak yang membawa kepada memperoleh ilmu pengetahuan seperti pemikiran, ingatan, perhatian dan bahasa.
  2. Baik untuk kesihatan jantung : Coklat gelap membantu mengembalikan keanjalan arteri serta mencegah sel-sel darah putih daripada melekat pada dinding saluran darah. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal FASEB, saintis menyedari bahawa makan coklat gelap adalah baik untuk jantung dan ia boleh memainkan peranan yang baik dalam melawan aterosklerosis, penyakit yang berkaitan dengan pertambahan plak dalam arteri.
  3. Mengurangkan kebarangkalian Strok : Makan sedikit coklat setiap hari boleh mencegah kencing manis dan rintangan kepada insulin. Pengambilan coklat setiap hari juga dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah daripada strok, seperti yang dilaporkan dalam British Journal of Nutrition tahun lepas.
  4. Mengurangkan penurunan daya ingatan: Minum dua cawan coklat panas sehari boleh membantu menghentikan kemerosotan daya ingatan dan menjaga kesihatan otak. Satu kajian Harvard Medical School mendapati bahawa coklat panas membantu meningkatkan aliran darah ke bahagian-bahagian penting dalam otak. Kawasan yang berbeza  dalam otak memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyelesaikan tugas-tugas mereka, dan perlu aliran darah yang lebih besar. Hubungan ini (gandingan neurovascular) juga boleh memainkan peranan yang penting dalam melawan penyakit seperti Alzheimer.

Manfaat-manfaat lain daripada pengambilan coklat boleh didapati DI SINI

Sumber dari  RealSimple.com | EpiCurious.com


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter