Kerajaan telah memperkenalkan Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan sejak 16 Januari 2009 dan bertujuan untuk memberi bantuan kepada nelayan untuk meringankan beban apabila berlaku musibah kepada mereka.

Tujuan skim ini diperkenalkan adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan segera dalam bentuk kewangan kepada nelayan yang terlibat dalam kemalangan atau bencana alam yang melibatkan kehilangan, kemusnahan, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa bagi meringankan beban mangsa dan juga keluarga.

Syarat dan kelayakkan menerima skim bantuan: –

  • Nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Perikanan Sabah dan mempunyai kad nelayan
  • Nelayan yang mempunyai kad e-Diesel dan kad e-Petrol
  • Nelayan yang menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan dalam kategori 11(1)a, 11(1)b dan 11(1)c. Akta Persatuan Nelayan 1971

Jenis bantuan yang diberikan (kadar bantuan maksima): –

  • Kemalangan diri
    • Khairat Kematian RM4,000 (Tetap)
    • Keilatan Kekal RM4,000
    • Hilang Upaya Kekal RM10,000 (Tetap)
    • Masuk Wad (3 hari keatas) RM1,000

* Bagi nelayan yang masuk wad selain daripada kemalangan hanya layak diberi bantuan sekali sahaja dalam setahun

  • Kerosakan harta benda
    • Bot RM15,000
    • Sampan RM6,000
    • Rumah RM8,000
    • Pukat dan peralatan penangkapan ikan RM3,000
  • Kematian Biasa
    • Khairat Kematian RM2,000.00 (Tetap)

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan yang berdekatan. Senarai Alamat Persatuan Nelayan.

SUMBER & MAKLUMAT LANJUT DI SINI • LKIM


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter