1. Apakah skim ini secara ringkas?

Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) PR1MA merupakan skim eksklusif bagi pembeli kediaman PR1MA yang menawarkan pakej pinjaman menyeluruh merangkumi: 

  • Pembayaran berperingkat bagi 5 tahun pertama dalam tempoh pinjaman
  • Penggunaan caruman Akaun 2 KWSP untuk tujuan pembayaran ansuran kediaman PR1MA sehingga persaraan atau tamat tempoh pinjaman

Skim ini diwujudkan sebagai pemudahcara kepada pembeli kediaman PR1MA untuk meringankan pembayaran ansuran bulanan pada peringkat awal. Secara keseluruhannya, skim ini memberi peluang kepada pembeli untuk mendapatkan pinjaman yang lebih tinggi.

  1. Apakah keistimewaan skim ini berbanding pembiayaan sedia ada/konvensional?

Keistimewaan skim ini melayakkan pembeli untuk mendapatkan pembiayaan akhir serta mengurangkan beban kewangan bulanan melalui cara berikut:

  • Pembayaran berperingkat di mana bayaran ansuran bulanan dihadkan kepada jumlah yang lebih rendah untuk 5 tahun yang pertama dan kemudiannya dianjakkan kepada jumlah yang lebih tinggi untuk tahun ke-6 sehingga tamat tempoh pembiayaan; dan
  • Penggunaan caruman bulanan Akaun 2 KWSP bagi pembiayaan untuk sebahagian daripada ansuran bulanan.

 Dengan keistimewaan ini, pembeli boleh merancang kewangan dengan lebih teratur. 

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran berperingkat (“stepped-up financing”)?

Pembayaran berperingkat adalah seperti berikut:

  • 5 tahun pertama: Bayaran faedah sahaja
  • Tahun-tahun Seterusnya: Bayaran faedah dan prinsipal

Pembeli boleh memilih untuk memulakan bayaran prinsipal berserta faedah lebih awal daripada tahun ke-5, bergantung kepada kemampuan.

  1. Adakah saya boleh memilih opsyen pembayaran berperingkat, pembiayaan melalui caruman KWSP atau kedua-duanya sekali?

Anda boleh memilih salah satu atau kedua-duanya sekali.

  1. Apakah bank-bank yang menawarkan skim ini?

Panel bank PR1MA seperti berikut: Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

  1. Apakah kadar bayaran bulanan dibawah skim ini?

Sila hubungi panel bank yang berikut:

  • Maybank (03-7844 3696)
  • CIMB (03-6204 7788)
  • RHB (03-9206 8118 / 082-276118)
  • AmBank (03-2178 8888)
  1. Siapakah yang layak memohon skim ini?

Skim ini dikhususkan kepada pembeli yang telah menerima tawaran kediaman PR1MA. 

Syarat kelayakan untuk mendapatkan kediaman PR1MA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 – RM15,000
  • Kediaman yang pertama atau kedua

Syarat kelayakan opsyen pengeluaran Akaun 2 KWSP: 

  • Merupakan pencarum KWSP
  • Tidak pernah membuat pengeluaran KWSP bagi tujuan pembiayaan rumah
  1. Apakah proses permohonan skim ini?

Jika anda telah menerima surat tawaran “Offer to Purchase” pembelian kediaman PR1MA, sila hubungi salah satu dari bank-bank berikut: Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

  1. Bilakah saya boleh mula memohon skim ini?

Permohonan telah dibuka. Jika anda telah menerima surat tawaran “Offer to Purchase” pembelian kediaman PR1MA, sila hubungi salah satu dari bank-bank berikut: Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

  1. Saya telah disenarai hitamkan didalam CCRIS. Adakah saya masih layak untuk skim ini?

Tidak layak.

  1. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai skim ini?

Sila hubungi (masa waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat):

  • PR1MA (Call Centre: 03-7962 4374, website: www.pr1ma.my)
  • EPF (03-8922 6000)
  • Maybank (03-7844 3696)
  • CIMB (03-6204 7788)
  • RHB (082-276118/ 03-9206 8118) 
  • AmBank (03-2178 8888)

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT DI SINI 


Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter