Selepas menjalani pembedahan, adalah sangat penting untuk menjaga pemakanan agar dapat meningkatkan sistem imunisasi seterusnya dapat mencegah dari berulangnya semula penyakit-penyakit dalaman. Kaum wanita juga perlu menitikberatkan soal kesihatan dalaman terutamanya terhadap sistem produktif untuk meningkatkan peluang kehamilan.

Ambil beberapa langkah positif untuk mengurangkan stress, buat senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari (jika luka sudah kering dan sembuh), banyakkan berzikir dan amalkan membaca al-quran 4 hingga 5 muka surat setiap hari.

Kurangkan pendedahan kepada toksin atau bahan kimia. Elakkan daripada menghidu asap-asap beracun, semburan racun serangga dan pewangi di dalam rumah atau dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorant.

Berikut merupakan jenis-jenis makanan dan minuman yang baik selepas menjalani pembedahan:

  1. Makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan sebagainya.
  2. Jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung misalnya donut, kuih-muih, ais krim, cokelat dan seumpamanya.
  3. Jauhkan minuman bergas atau bikarbonat (soft drink), jus dan kordial sama ada dalam botol atau kotak.
  4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai, buah naga dan lain-lain.
  5. Digalakkan makan ulam-ulaman seperti sayuran bayam, bendi, terung, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
  6. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Sediakan dua biji epal hijau, 2 batang lobak merah, 2 batang seleri  atau 1/4 buah betik dan ¼ nanas. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug, masukkan dalam peti ais semalaman dan siap untuk diminum. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, kemudian minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
  7. Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
  8. Untuk waktu makan selingan jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Sebaiknya makan buah-buahan atau segenggam campuran kekacang misalnya badam, gajus, kismis. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
  9. Ketika  makan tengah hari, cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis makanan berkanji.
  10. Untuk makan malam, minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar cuka epal. Masak sup sayur kobis, lobak merah, brokoli dan cendawan. Atau buat rojak atau salad menggunakan campuran sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai . Gantikan nasi putih kepada brown rice.
  11. Suplimen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, dan habbatus sauda.
  12. Makan juga goji beri, lain-lain jenis buahan-buahan beri, spirulina, rumpai laut dan seumpamanya.

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter