Seperti yang dimaklumkan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM535 juta untuk manfaat hampir 150,000 orang kurang upaya (OKU) dalam Bajet 2017. Jumlah ini merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja. Pelbagai bantuan kerajaan salurkan kepada OKU berdaftar dengan JKM, antaranya dalam bidang pendidikan seperti bantuan kewangan pelajar OKU IPT, saluran khas bagi pengambilan OKU di IPTA dan potongan 50 peratus potongan yuran pengajian.

Tujuan dan objektif bantuan ini adalah untuk meningkat dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk OKU dan memberi insentif dan peluang kepada OKU yang berkebolehan ataupun berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Syarat utama untuk bantuan ini ialah mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia dan mempunyai kad OKU.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

  • Tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia  iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
  • Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja.
  • Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.
  • Pelajar sepenuh masa bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.
  • Pelajar separuh masa atau pengajian jarak jauh hanya layak menerima yuran pengajian sahaja. Penerima pinjaman pelajaran atau biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak mendapat bantuan ini.

KATEGORI YURAN YANG LAYAK DAN TIDAK LAYAK DITUNTUT

Yuran pengajian yang LAYAK dituntut Yuran pengajian yang

TIDAK LAYAK dituntut

  • Yuran Pandaftaran
  • Kad Kampus / Kad Matrik
  • Yuran Perpustakaan
  • Yuran Peperiksaan
  • Yuran Perkhidmatan
  • Yuran Ko-Kurikulum / Sukan
  • Yuran Graduasi (Jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)
  • Yuran Pemeriksaan / Yuran Tesis
  • Yuran Komputer
  • Yuran Peralatan / Bahan Makmal
  • Yuran Pergigian / Yuran Kesihatan
  • Yuran Penempatan / Yuran Asrama
  • Insuran Kesihatan / Perlindungan Insuran
  • Yuran Kebajikan / Persatuan / Alumni / Aktiviti / Khairiat
  • Yuran Kelengkapan / Tabung Pengurusan MPA
  • Yuran Pencalonan
  • Tabung Kecemasan
  • Elaun Buku
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Tesis
  • Elaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan
  • Elaun Perjalanan / Tambang
  • Elaun Akhir Pengajian
  • Elaun Penyelidikan
  • Elaun Pengangkutan

 

  • Permohonan perlu mendaftar sebagai pengguna sistem terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan. Klik daftar masuk.
  • Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan dalam talian (online).
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun.Permohonan hendaklah dikemukakan kepada bahagian biasiswa KPM tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula.

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter