Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneruskan pelaksanaan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) bagi murid Prasekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam di sekolah-sekolah kerajaan bagi tahun 2017. Terima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan usaha murni ini. Dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia, para pelajar di lindungi dengan takaful untuk sebarang perkara yang tidak diingini berdasarkan terma dan syarat yang telah di tetapkan.

Jangka masa perlindungan para pelajar sekolah berkuatkuasa pada 1 Januari hingga 31 Disember dari tahun semasa ke semasa dan perlindungan 24 jam sehari. Terdapat juga kekecualian dari skop perlindungan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagai contoh kes bunuh diri atau cubaan bunuh diri, gangsterism atau aktiviti jenayah. Antara contoh perlindungan ialah lumpuh berkekalan seluruh badan atau terputus anggota dari tubuh badan akibat kemalangan. Untuk perlindungan dan kekecualian lanjut sila terus ke Appendix A.

Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk menyertai skim ini ialah:-

  • Peserta terdiri daripada pelajar Pra Sekolah, Sekolah Rendah, sekolah menengah dan tingkatan 6.
  • Warganegara Malaysia yang berdaftar di bawah sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dengan sumbangan RM1.50 setahun bagi setiap murid dan sumbagan ini ditanggung oleh kerajaan.
  • Murid yang BUKAN Warganegara yang berdaftar di bawah sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan boleh menyertai skim TPSM ini dengan membayar sumbangan TPSM sebanyak RM1.60 setahun (termasuk GST) melalui sekolah masing-masing.
  • Perlindungan tamat dengan serta merta jika murid berhenti atau di berhentikan daripada sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.

Peruntukan Perlindungan

Skop Perlindungan Amaun Manfaat
KEMATIAN akibat kemalangan RM 5,500.00
LUMPUH berkekalan seluruh badan akibat kemalangan RM 22,000.00
TERPISAH ATAU PUTUS ANGGOTA DARI BADAN ATAU KEHILANGAN

PENGLIHATAN akibat kemalangan seperti berikut:

  • Kedua-dua belah tangan di atas pergelangan
  • Kedua-dua belah kaki di atas buku lali
  • Kehilangan kekal penglihatan kedua-dua belah mata

Jika kehilangan hanya satu daripada mana-mana anggota badan atau

penglihatan dalam C(a), (b) & (c) di atas, maka amaun manfaatnya adalah

sebanyak 50% daripada RM20,000.00

RM 22,000.00

RM 11,000.00

KHAIRAT KEMATIAN – mati akibat sakit biasa RM 1,500.00
ELAUN TUNAI HOSPITAL bagi setiap hari selama tempoh dimasukkan ke Hospital

Kerajaan/Swasta disebabkan oleh kemalangan dan tidak melebihi 60 hari berturutturut

dari tarikh masuk wad.

RM 25.00 sehari

ELAUN KERUSI RODA

menyebabkan kecacatan kekal, Syarikat akan membuat bayaran balik kepada

Orang Yang Dilindungi kos sebenar pembelian kerusi roda sehingga jumlah maksima sebanyak RM1,000.00.

RM 1,000.00


Untuk panduan mengisi borang dan cara tuntutan pampasan boleh terus ke
Appendix B.

Borang tuntutan pampasan Skim Takaful Pelajar Sekolah.

Sumber : Pelaksanaan TPSM | Appendix A | Appendix B | Surat Pelaksanaan


Ikuti Kami Media Wanita Maya di Facebook | Instagram | Twitter