Malaysia gempar lagi… Dulu Malaysia gempar dengan isu 1MDB yang dikatakan kehilangan wang berbilion ringgit dan segala kesalahan dilemparkan ke pundak Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang hanya sebagai penasihat 1MDB.

Kini Isu BNM atau BMF (Bumiputera Malaysia Finance Ltd) pula berlegar di dalam media sosial. Kes ini berlaku pada tahun 1983 dan ketika itu orang yang paling pantas menyambutnya adalah Lim Kit Siang. Beliau dengan lantangnya menyatakan bahawa Tun Mahathir sebagai Penyangak.

Media asing ketika itu mendakwa BNM (Bank Negara Malaysia) merupakan sebuah bank Pusat sebuah negara kecil yang paling aktif di dalam pasaran Tukaran asing yang sememangnya semua orang tahu berisiko tinggi. Ianya menimbulkan persoalan misteri buat semua dan pembangkang ketika itu mendakwa ianya didalangi oleh profile tertinggi Malaysia iaitu Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad.

1

Tidak cukup dengan itu, Kit Siang juga telah menerbitkan 2 buah buku yang menyentuh perihal mengenai skandal kewangan terbesar negara bertajuk “The BMF Scandal (1983) dan BMF: The Scandal of Scandal (1986).

Menteri Kewangan ketika itu yang mengantikan Tun Mahathir iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerugian RM 9 Bilion hanyalah kerugian di atas kertas. Adakah kerugian atas kertas? Sebenarnya tiada terma “kerugian atas kertas” dalam permainan Forex seperti dalam pasaran saham biasa.

Dalam pasaran saham, nilai saham yang jatuh tetapi saham tidak hilang. Tetapi kerugian dalam pasaran matawang maknanya kerugian sebenar tanpa kemungkinan mendapat pulangan semula. Tetapi dalam masa yang sama, bekas Naib Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Murad Khalid mendakwa kerugian sebenar lebih besar iaitu sekitar RM 30 – 40 bilion.

Bank Negara telah menjalankan spekulasi matawang dengan mengunakan rizab wang negara, memperjudikan ekonomi negara dan kestabilannya sehingga kerugian puluhan bilion ringgit dan menyebabkan krisis ekonomi terburuk negara dan menyebabkan berpuluh-puluh syarikat terpaksa ditutup dan menyebabkan beribu-ribu rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan.

Kit siang telah meminta Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat skandal yang beliau kaitkan dengan pemimpin tertinggi iaitu Tun Mahathir.

Kini bila skandal ini dibangkitkan semula, kita melihat Kit Siang diam seribu bahasa. Mengapa? Mengapa beliau tidak meminta ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja sepertimana dahulu? Adakah Kit Siang telah ‘dijinakkan’ oleh Tun Mahathir?

Jika isu 1MDB yang tidak membabitkan wang negara boleh disiasat oleh Suruhanjaya Diraja, kami mendesak agar isu BMF ini juga disiasat secara telus oleh Suruhanjaya DiRaja. Kita juga ingin melihat pendirian Kit Siang di dalam isu ini.

Adakah Kit Siang berlembut dengan Tun kerana adanya ‘perjanjian belakang’ untuk melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan menang PRU 14 nanti?

ADAKAH KEPENTINGAN PERIBADI MELEBIHI DARI KEPENTINGAN RAKYAT…

Lim Kit Siang nyatakanlah pendirian anda di mana?


Penulis – Intan Rahim | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter