Ketika zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terdapat kelompangan apabila kewangan negara menghadapi kerugian berbilion ringgit yang masih belum terungkai dan tidak dapat ditebus iaitu kerugian disebabkan skandal BMF pada tahun 1983 dan Forex Bank Negara pada awal tahun 90-an.

Skandal kewangan besar yang pertama di Malaysia meletus pada tahun 1983 apabila didapati Bumiputra Malaysia Finance (BMF), sebuah anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod prestasi samar-samar, termasuk Carrian Group yang berpangkalan di Hong Kong.

Skandal itu berlarutan dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat transaksi kebankrapan Carrian Group, dan akhirnya kerajaan Malaysia mengepam lebih banyak wang untuk menyelamatkan BBMB daripada ditutup.

Perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir berulang kali menjarakkan diri daripada skandal tersebut, merujuk ia sebagai urusan bank yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan.

Pada awal 1990-an pula, Bank Negara mula berkecimpung dalam perdagangan mata wang spekulatif dan perdagangan pertukaran asing dengan jumlah wang yang besar dan membimbangkan institusi perbankan lain di seluruh dunia. Ia menyebabkan kerugian hampir RM30 bilion antara 1991 dan 1994 sebelum muflis daripada segi teknikal dan terpaksa diselamatkan oleh Kementerian Kewangan.

Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat baru-baru ini mengeluarkan dokumen terkelas yang menyebut bahawa kerajaan Malaysia di bawah pimpinan perdana menteri paling lama mentadbir itu terbabit dengan skandal kewangan paling besar yang pernah disaksikan Malaysia pada 1980-an.

Berikutan daripada kerugian disebabkan skandal BMF dan Forex tersebut, Lim Kit Siang mahu RCI ditubuhkan untuk menyiasat skandal BMF dan Forex Bank Negara Malaysia. Dia mahu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk membongkar segala-galanya. Malah, Lim Kit Siang menuntut agar semua yang terlibat untuk dihantar ke penjara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim.

Tetapi pada hari ini, Lim Kit Siang tidak lagi mahu RCI ditubuhkan untuk membongkar skandal Forex Bank Negara dan BMF atau hantar mereka yang terlibat ke penjara. Sebaliknya, beliau mahu mereka untuk mengambil alih pentadbiran negara dan untuk ‘menyelamatkan Malaysia. Jadi bagaimana pula dengan skandal Forex Bank Negara dan BMF? Lim Kit Siang tidak lagi mahu bercakap mengenai mereka atau untuk diambil tindakan terhadap mereka memandangkan kerana semua penjenayah kini menyokong beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kit Siang sendiri telah menulis dua buah buku mengenai perkara tersebut. Kit Siang menggelarkannya sebagai ‘the Scandal of Scandals’ atau bagi orang barat mereka gelarkan ini sebagai ‘ibu segala skandal’. Dan pada masa itu juga, Kit Siang telah bersumpah dia akan meneruskan perkara ini hingga akhir seperti ungkapan orang Melayu ‘sampai ke lubang cacing’, atau perumpaan Inggeris ‘leaving no stoned unturned’ iaitu lakukan apa sahaja asalkan hasrat dan tujuan tercapai.

Jadi sekarang adalah peluang keemasan Kit Siang. Beberapa hari lalu CIA memberi Kit Siang hadiah Tahun Baru Cina dengan cara mengklasifikasikan semula dan mendedahkan dokumen yang berkaitan dengan isu Forex dan BMF. Jadi impian Kit Siang untuk membawa pesalah kemuka pengadilan akhirnya boleh direalisasikan. Oleh itu, kenapa Lim Kit Siang diam membisu? Adakah lidahnya kini kelu? Adakah dia takut kedudukannya dalam politik akan tergugat?

Sangat mengejutkan apabila orang yang pernah mengamuk dan marah terhadap isu skandal Forex dan BMF dan mempunyai dua buku yang diterbitkan pada tahun 1983 dan 1986 yang mengecam Mahathir kini betul-betul senyap seolah-olah dia telah kehilangan keberaniannya. Ramai pengkritik beliau percaya Kit Siang telah “dibeli”.

Kit Siang telah menunjukkan bahawa di bawah topeng nipis integriti politik terletak seorang oportunis yang mementingkan diri sendiri. Kami menggesa agar Kit Siang, demi ketelusan dan akauntabiliti, untuk membuat SD dan untuk mengisytiharkan pendiriannya berhubung skandal kewangan yang dikaitkan dengan pentadbiran 22 tahun Dr. Mahathir.

Kerugian BMF dan Forex adalah umpama ‘mencampak wang ke dalam longkang’.Oleh itu, kita ingin tahu apa yang berlaku seperti apa yang dikatakan oleh Lim Kit Siang sejak tahun 1993. Oleh itu, kami menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk menyiasat berkaitan dengan skandal tersebut supaya kebenaran boleh didedahkan dan penjenayah boleh menghadapi hukuman.

 

Penulis – WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter