erezekiProgram eRezeki merupakan perkongsian unik  gabungan bersama Awam-Swasta yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan ‘Private Talent Cloud’ yang pertama di dunia. Program eRezeki adalah tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan.

Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari kemahiran baru, serta menambah pendapatan dengan bekerja untuk syarikat-syarikat terkemuka di seluruh dunia dan tempatan. Program ini dibuka kepada sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah sama ada pelajar, suri rumah, pesara ataupun warga emas.

Beberapa pusat eRezeki telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik seperti di Johor, Perak, Kedah, Sabah, Sarawak, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kuala Lumpur. Pusat eRezeki adalah pusat fizikal, yang menyediakan infrastruktur dan bantuan yang diperlukan untuk anda untuk turut serta dalam program ini.

Senarai tempat dan alamat Pusat eRezeki dan wakil eRezeki.

Jenis Tugasan eRezeki

Kategori Tugasan Contoh Tugasan
Tugasan Digital Mikro
  • Mengisi data ke dalam borang atas-talian
  • Menyemak dan memadamkan data yang berulang
  • Memuat turun dan menguji aplikasi
Kerja Digital
  • Membangunkan laman web
  • Membangunkan aplikasi telefon pintar
  • Mencipta logo dan mereka bentuk grafik
Kerja Bukan Digital
  • Melaksanakan bancian rumah ke rumah bagi tujuan kaji selidik
  • Melakukan semakan kepada harga barangan dan perkhidmatan
  • Menjalankan kerja sambilan seperti menjadi kru-kru acara dan program
Kerja Digital (Pasif)
  • Menawarkan hasil kerja ciptaan anda, seperti fotografi atau vektor grafik
  • Menjadi agen dropship, atau membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan


Peserta harus daftar dan memberi maklumat diri atau profil agar mudah untuk pihak urusan memadankan tugasan-tugasan yang bersesuaian dengan kemahiran anda.

erezeki-1

Daftar online. DI SINI 

Sumber : eRezeki

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter