Proton merupakan produk jenama keluaran Malaysia dan telah menjadi kebanggaan negara dan juga rakyat Malaysia.

014035-1-lg

Tetapi persoalannya, siapakah sebenarnya pemilik PROTON???

Baru-baru ini timbul desas desus yang mengatakan Kerajaan Malaysia “menjual” pegangan dalam Proton kepada syarikat asing, khasnya dari China. Sejauh mana kebenaran daripada kenyataan desas desus tersebut?? Jom kita mengenali sejarah tentang Proton….

PROTON atau lebih dikenali sebagai Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.

Proton sebahagian besar pengilang kenderaan kejuruteraan lencana daripada Mitsubishi Motors antara tahun 1985 dan awal 2000-an. Syarikat itu telah menghasilkan beberapa model rekabentuk asli dan beroperasi sekurang-kurangnya di 26 negara hari ini yang mana majoritinya adalah di Negara Asia. Proton pernah dimiliki oleh Khazanah Nasional tetapi kini telah diambil alih oleh Proton Holdings Berhad pada Januari 2012.

proton-cars

Proton Holdings Berhad adalah sebuah syarikat swasta milik DRB-Hicom. DRB-Hicom pula adalah syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, seorang billionaire dan individu antara 10 yang terkaya di Malaysia.

DRB-HICOM telah mengambil alih pegangan dalam Proton daripada Khazanah Nasional setelah mereka berjaya menewaskan bidaan Kumpulan Naza. Pengambilalihan oleh kumpulan DRB-HICOM milik Syed Mokhtar itu disokong oleh Dr Mahathir, pengasas Proton.

DRB-HICOM telah melantik Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Proton. Dr. Mahathir bagaimanapun meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton semasa masalah kewangan pada kemuncaknya.

Proton telah memohon pertolongan kewangan (grant) daripada Kerajaan Malaysia dan telah diluluskan pinjaman sejumlah RM 1.5 billion untuk membayar hutang Proton kepada vendor-vendornya. Pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah bertujuan untuk memastikan vendor-vendor Proton tidak gulung tikar atau muflis akibat dari kegagalan Proton untuk melunaskan hutangnya kepada vendor-vendor terlibat.

untitled-4

Salah satu syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah untuk mencari rakan teknikal yang sesuai bagi memulihkan perniagaan Proton di samping mengetengahkan barisan kepemimpinan baharu yang cekap di dalam syarikat tersebut.

Selain itu, jika Proton gagal untuk membayar balik pinjaman berkenaan, Kerajaan Persekutuan boleh menukarkan “preference shares” yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia sebagai jaminan pinjaman RM 1.5 billion berkenaan untuk mengambil alih Proton daripada DRB-HICOM.

Sehingga kini, kerajaan telah memperuntukkan bantuan kepada Proton dalam bentuk geran dan pelbagai bentuk bantuan lain serta cukai yang tidak dikutip berjumlah RM13.9 bilion sejak syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1983.

Sekali lagi dijelaskan bahawa Proton adalah sebuah syarikat swasta milik DRB-HICOM. Tidak sepatutnya timbul sebarang persoalan atau dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia “menjual” pegangan dalam Proton kepada syarikat asing, khasnya dari China. Ini adalah kerana jemputan atau tawaran kepada pihak yang berminat untuk menjadi ‘rakan teknikal’ Proton dibuat oleh DRB-HICOM.

Penulis – WmayaTeam

Ikuti Kami MEDIAWANITAMAYA di Facebook | Instagram | Twitter