Projek Perintis kebenaran bekerja adalah salah satu langkah kerajaan membantu pelarian Rohingya yang memegang kad Suruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHRC) untuk bekerja di Malaysia bermula pada 1 Mac 2017.

Seramai 300 etnik Rohingya yang ditapis secara berperingkat akan dibenarkan bekerja dan ditempatkan di syarikat terpilih dalam sektor perladangan dan perkilangan atas tujuan untuk memberi mereka kemahiran dan pendapatan bagi membina kehidupan semula.

Dalam masa yang sama kerajaan juga mengambil kira kesesuaian dengan perkembangan semasa dan situasi pergerakan tidak sah bagi pendatang tanpa izin (PATI). Selain itu, inisiatif kerajaan ini dapat menangani isu pemerdagangan orang dengan lebih berkesan. Oleh itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam memastikan pengurusan pemegang kad UNHCR lebih kemas dan teratur.

201505131454570098

Seramai 149,474 pemegang kad UNHCR telah direkodkan di Malaysia. Seramai 133,517 adalah dari Myanmar dan seramai 55,565  dari Myanmar terdiri daripada etnik Rohingya. Dianggarkan juga 56,000 etnik Rohingya akan berpeluang menjalani latihan separa mahir.

635955ban_charter

Negara Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama rapat dengan UNHCR sebagai badan utama mengendalikan pelarian Rohingya walaupun Malaysia tidak menjadi ahli kepada Konvesyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Statistik pelarian Rohingya di Malaysia

Tahun Jumlah
 

2016

(Disember)

 

55,565

 

2015

(sejak Februari)

 

45,170

 

2014

(Sejak April)

 

27,289

 

2013

(Sejak Januari)

 

24,880

Sumber – Malaysiakini | Mstar | Utusan

Ikuti Kami MEDIA WANITA MAYA di Facebook | Instagram | Twitter