Kenyataan Akhbar KPK 1 Februari Caj Rawatan Pergigian di Fasiliti Kesihatan Kerajaan Masih Terus Diberi Subsidi Yang Tinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Rakyat Malaysia sememangnya telah dan akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi oleh Kerajaan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, termasuk perkhidmatan bersubsidi tinggi bagi pesakit dalam Kelas 3. Kabinet telah memutuskan untuk mengemaskini kadar caj bagi pesakit warganegara di Kelas 1 dan 2 yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982, seperti yang dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar KKM pada 14 November 2016. Adalah dimaklumkan bahawa caj ini telah sudah sekian lama tidak dikemaskini iaitu sejak ianya mula dikenalkan pada tahun 1982. Namun begitu, pesakit dalam bagi Kelas 3 akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi seperti sebelum ini.

KKM ingin menjelaskan mengenai mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian yang telah tersebar di media sosial. Adalah dimaklumkan bahawa kos rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat. Namun begitu, Kerajaan adalah terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian).

KKM ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini. 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 FEBRUARI 2017 | Meja Ketua Pengarah KKM


Caj pergigian di klinik pergigian kerajaan dan hospital-hospital mengikut akta fee Arahan perintah fee (perubatan ) 1982.
Caj untuk rawatan dan perkhidmatan yang dinyata adalah bergantung kadar bayaran yang ditetapkan dalam akta fee. Walau bagaimana caj tersebut tidak dikenakan pada:
Penjawat awam,pesara kerajaan,ahli keluarga mereka dan orang kurang upaya
Kakitangan pihak berkuasa tempatan,badan berkanun dan ahli keluarga dan tanggungan mereka.
Individu yang mempunyai kemudahan perubatan yang diperuntukkan dalam mana undang-undang bertulis.

Ambil perhatian dokumen berkaitan (con. KP/SB/ Pasport,surat jaminan) diperlukan sebagai bukti diatas

Caj bagi pelbagai jenis rawatan dan perkhidmatan pergigian adalah seperti berikut:

JADUAL A (Pesakit Luar)
JADUAL D (Pemeriksaan Radiologi)
JADUAL E (Pembedahan)
JADUAL F (Rawatan Pergigian)
JADUAL H (Laporan perubatan Bertulis)

JADUAL A (Pesakit Luar)

Bahagian 1- Caj Pesakit Luar- Jabatan Pesakit Luar Am
Hospital dan Klinik Cas Bagi Satu Lawatan[termasuk segala penyiasatan]
Hospital Besar RM1.00
Hospital Daerah RM1.00
Poliklinik RM1.00
Bahagian 2-Jabatan Pesakit Luar Pakar
Jenis Rujukan Caj Rawatan
Rujukan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan Percuma bagi lawatan pertama
RM5 bagi setiap lawatan susulan (follow up)
(termasuk segala siasatan)
Rujukan dari Pengamal Persendirian RM 30 bagi lawatan pertama
RM 5 bagi setiap lawatan susulan (follow up)
( tidak termasuk siasatan)
Kes-kes susulan (follow up) yang telah keluar dari wad RM 5 setiap lawatan
( termasuk segala siasatan)

JADUAL D (Pemeriksaan Radiologi)

CAJ SIASATAN

Bahagian 1- Pemeriksaan Radiologi
Pemeriksaan Tanpa Kontras Media Wad Kelas Satu Wad Kelas Dua Wad Kelas Tiga
Pergigian- Intra – Oral RM 10 (bagi setiap filem) RM 5 (bagi setiap filem) RM 1 (bagi setiap filem)
Pergigian OPG dan Lateral RM 70 (bagi setiap filem) RM 30(bagi setiap filem) RM 10 (bagi setiap filem)

JADUAL E (Pembedahan)

CAJ PEMBEDAHAN

Caj Pembedahan ( termasuk bius)
Jenis Pembedahan Wad Kelas Satu Wad Kelas Dua Wad Kelas Tiga
Pembedahan Jenis A RM 3000 RM 1200 RM 200
Pembedahan Jenis B RM 1500 RM 600 RM 100
Pembedahan Jenis C RM 800 RM 400 RM 50
Pembedahan Jenis D RM 300 RM 150 RM 20
Pembedahan Jenis E RM 150 RM 80 RM 15
Pembedahan Jenis F RM 50 RM 40 RM 10
Ke bawah Ke bawah Ke bawah

JADUAL F (Dental Treatment)

Rawatan Pergigian
Perkhidmatan Wad Kelas Satu Wad Kelas Dua Wad Kelas Tiga Pesakit Luar
Cabut – bagi sebatang gigi RM 15 RM 6 PERCUMA RM 1
Tampalan – bagi sebatang gigi RM 20 RM 8 PERCUMA RM 2
Inlay (tidak termasuk harga logam) RM 40 RM 16 PERCUMA RM 3
Tampalan Puncak ( tidak termasuk harga logam) RM 40 RM 16 PERCUMA RM 3
Penskaleran – bagi satu rawatan RM 40 RM 16 PERCUMA RM 2
Rawatan Endodontik RM 55 RM 22 PERCUMA RM 4
Membuat gigi palsu yang penuh

( tidak termasuk harga logam)

Rahang Atas RM 100 RM 50 RM 25 RM 50
Rahang Bawah RM 100 RM 50 RM 25 RM 50
Membuat sebahagian gigi palsu

( tidak termasuk harga logam)

Rahang atas/rahang bawah RM 20 RM 10 RM 5 RM 10
Bagi setiap batang tambahan (RM2)Tetapi tidak melebihi RM 100 RM 50 RM 25 RM 25
Membaiki gigi Palsu
Setiap plat (tidak termasuk gigi) RM 5 RM 3 RM 1 RM 2
Dengan mengganti gigi lain bagi sebatang gigi RM 5 RM 3 RM 1 RM 2
Alat Gigi atau obturators
Kecil RM 75 RM 30 RM 15 RM 15
Sederhana RM 100 RM 40 RM 20 RM 20
Besar RM 125 RM 50 RM 25 RM 28
Peralatan Ortodontik
Aplians tetap RM 500
Aplians boleh tanggal Simple RM 100
KompleksRM 200

Sumber : BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN