Ramai orang tidak tahu bahawa bilik hotel mengandungi pelbagai jenis kuman, bakteria dan serangga. Hotel yang bertaraf 5 bintang pun tidak terjamin kebersihannya kerana mungkin ada pekerja yang cuma membersihkan kawasan yang senang dilihat.

Apa yang perlu bawa dalam beg anda: Simpan satu penyembur Dettol/Lysol, tisu disinfectant/alcohol, selipar rumah dan beg plastik berzip.

Anda sudah masuk dalam bilik hotel. Apa seterusnya?: Cuci tangan serta merta. Jangan makan, minum atau memegang muka anda sebelum mencuci tangan. 80% daripada jangkitan disebarkan melalui tangan.

Periksa bilik hotel sebelum mengeluarkan pakaian: Pastikan lantai, katil dan perabot bebas dari sebarang kesan kotor, rambut, serbuk dan serpihan. Ambil perhatian pada serangga yang mungkin tertarik dengan sisa makanan.

Kemudian periksa tandas. Dengan menggunakan tisu, angkat tempat duduk tandas dan spray dengan Dettol kedua-dua belah tempat duduk.

Cuci semula gelas dan mug dengan sabun tangan dan air panas dan biarkan kering. Atau sebaiknya guna botol anda sendiri.

Gunakan tisu disinfectant untuk mengelap kepala paip, tuil tandas, tombol pintu, suis lampu, radio/jam dan telefon. Masukkan remote control tv ke dalam beg plastic berzip dan gunakannya sebigini semasa anda berada di hotel.

Katil?: Jangan duduk atau letak barangan anda sehingga anda pasti ia bebas parasite. Buka cadar dan periksa tilam untuk pepijat katil. Hubungi pihak pengurusan jika anda lihat kesan darah, telur kecil berwarna putih, kulit pepijat katil yang kebiasaanya berwarna kuning cair atau lutsinar.

Jika katil dilengkapi bedspread, alihkannya. Kemungkinan besar bedspread tersebut telah lama tidak dicuci.

Sekiranya katil menggunakan duvet, pastikan top sheet sentiasa berada di antara badan anda dan duvet tersebut.

Kawasan lain: Langsir hotel jarang sekali dibersihkan dan memerangkap banyak kotoran serta allergen.

Pakai selipar rumah/stoking dan berpakaian penuh semasa berada dalam bilik agar tidak terjangkit dengan sebarang fungus yang ada pada lantai atau perabot.

Shower: Bubuh syampu ke lantai shower/tub dan biarkan air panas berjalan selama seminit bagi mengurangkan kuman ditempat yang anda akan berdiri. Sekiranya tapak kaki anda luka, pakai selipar semasa mandi. Jangan berendam dalam tub. Ini disebabkan kehadiran biofilm, lapisan bakteria yang hamper tidak dapat dikesan, yang melekat pada permukaan tub. Biofilm ini cuma dapat ditanggalkan dengan menggunakan berus dawai dan sabun.

Selsema ke jangkitan kulit Staph. Ini bergantung kepada jenis kuman yang dibawa oleh tetamu sebelumnya dan bagaimana bilit tersebut dibersihkan.

Bagaimana hendak memastikan bilik yang anda tempah bersih?: Pastikan anda membaca ulasan talian (contohnya Tripadvisor atau laman web hotel)mengenai tempat penginapan sebelum membuat tempahan. Maklum balas dan gambar dari bekas tetamu adalah lebih penting dari penilaian bintang.

Sumber RealSimple.com | HowToCleanStuff.net

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter