img_4130
Gambar Hiasan : Google

Perniagaan merupakan salah satu sumber rezeki yang paling mendatangkan kepuasan. Apatah lagi di sebuah negara seperti Malaysia yang rata-rata rakyatnya menikmati taraf kehidupan yang baik. Dengan ekonomi yang berkembang pesat, Kerajaan Malaysia menawarkan dan memperkenalkan skim dan bantuan untuk membantu para peniaga memulakan perniagaan.

KPDNKK telah memperkenalkan Pembiayaan Mikro-i MPPK melalui Bank Rakyat kepada penjaja dan peniaga kecil untuk membantu menaiktarafkan perniagaan.

Tujuan pembiayaan ini adalah untuk meringankan dan membantu penajaja dan peniaga kecil membiayai modal pusingan dan barang pembelian atau aset yang berkaitan secara langsung dengan perniagaan yang dijalankan.

Keistemewaan pembiayaan ini adalah:-

  • Tidak perlu penjamin
  • Tiada kadar keuntungan
  • Tiada bayaran proses
  • Tiada cagaran
  • Pembiayaan tanpa faedah

 

Jumlah Pembiayan Tempoh Pembiayaan
Maximum sehingga RM3,000 Antara 12 hingga 36 bulan

*bayaran ansuran secara mingguan atau bulanan

Syarat kelayakan :

  • Semestinya kewarganegaraan Malaysia berumur 18 – 60 tahun.
  • Terbuka kepada individu atau penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara sepenuh masa.
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan Syariah
  • Menjadi ahli persatuan yang berdaftar.
  • Tidak mempunyai pembiayaan mikro yang masih berjalan di mana-mana bank/agensi.

Cara-cara permohonan :

  1. Isi boring permohonan pembiayaan Mikro-i MPPK
    1. Borang boleh didapati di cawangan Bank Rakyat berhampiran.
    2. Muat turun BORANG.
  2. Serah borang permohonan di kaunter Bank Rakyat.

Dokumen yang turut perlu disertakan :

  • Salinan Kad Pengenalan Pelanggan yang disahkan
  • Lesen / Permit / Daftar Perniagaan oleh SSM / PBT
  • Surat sokongan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (Pengerusi/ YDP/ Timbalan Pengerusi/ Setiausaha/ Ketua Cawangan) atau pemimpin masyarakat(JKKKK/ JKKKP/ Pegawai Daerah/ Ketua Kampung/ Penghulu/ Penggawa/ Tok Batin)
  • 3 bulan penyata akaun bank, sekiranya berkenaan

 

Sumber : KPDNKK | Bank Rakyat

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter