Skim persaraan swasta (PRS) ialah satu skim pelaburan sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu individu membuat simpanan bagi persaraan mereka. Skim ini melengkapkan caruman mandatori yang dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

1


 

Berikut adalah Penyedia PRS.

affinhw_300x150.png

Affin Hwang Asset Management Berhad

(formerly known as Hwang Investment Management Berhad)

Tel 603 – 2116 6000
Hotline 1-800-222-777 (PRS)
Fax 603 – 2116 6100
Email customercare@affinhwangam.com
Web www.affinhwangam.com

 

logo_aia_skim_persaraan_swasta.png

AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.

Tel
Hotline 1-300-22-7771
Fax 603 – 2056 3692
Email MY.APAM_HELPDESK@aia.com
Web www.aia-prs.com.my

 

AmInvest1.jpg

AmFunds Management Berhad

Tel 603-2036 1800 / 603 – 2032 2888
Fax 603–2031 5210
Email aminvestprs@aminvest.com
Web www.aminvest.com

 

logo_cimb_skim_persaraan_swasta.png

CIMB-Principal Asset Management Berhad

Tel 603 – 2084 8888
Hotline 603 – 7718 3100
Email service@cimb-principal.com.my
Web www.cimb-principal.com.my/prs

 

ppa-prs-kenanga-investors_300x150

Kenanga Investors Berhad

Tel 1-300-88-1PRS (1777)
Fax +603 2172 3133
Email info.trust@kenanga.com.my
Web www.kenangainvestors.com.my

 

logo_manulife_skim_persaraan_swasta.png

Manulife Asset Management Services Berhad

Tel 603-2719 9228
Hotline 1-300-13-2323
Fax 603-2092 1025
Email PRSinfo_MY@manulife.com
Web www.manulife.com.my

 

pmb_logo

Public Mutual Berhad

Tel 603 – 6279 6800
Hotline 603 – 6207 5000
Fax 603 – 6277 9800
Email customer@publicmutual.com.my
Web www.publicmutual.com.my

Individu boleh mencarum pada satu atau lebih Penyedia PRS.

Pilihan Dana PRS

Anda mempunyai pilihan untuk memilih dana atau tidak memilih dan mencarum ke dalam pilihan dana yang ditetapkan (default option) berdasarkan umur. Setiap Penyedia PRS mesti menawarkan tiga dana teras yang ditetapkan. Jika anda memilih dana teras tersebut, anda akan ditempatkan berdasarkan kumpulan umur seperti berikut:

Dana Teras Kumpulan Umur Pecahan Aset
Dana Pertumbuhan (Growth fund) Bawah 40 tahun Maksimum 70% ekuiti; 30% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur/ pasaran wang
Dana Sederhana (Moderate fund) 40 tahun ke atas, tetapi di bawah 50 tahun Maksimum 60% ekuiti; 40% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur/ pasaran wang
Dana Konservatif (Conservative fund) 50 tahun ke atas 80% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur, di mana 20% daripadanya mesti dilaburkan dalam pasaran wang dan maksimum 20% ekuiti

Selain itu, anda boleh memilih mana-mana dana teras walaupun ia bukan dalam kumpulan umur anda serta lain-lain dana bukan teras yang ditawarkan oleh Penyedia PRS.

Caruman

Caruman persendirian – Caruman akan diselenggarakan dalam 2 sub-akaun berasingan oleh Penyedia PRS seperti berikut:

1

PRS tidak ada sebarang had pada jumlah caruman atau jangka masa untuk membuat sebarang caruman. Setiap individu boleh mencarum sebanyak dan sekerap mana yang disukai, malahan caruman secara konsisten sangat digalakkan bagi mencapai matlamat persaraan yang diinginkan.

Pengecualian cukai – Persendirian

Pengecualian cukai sehingga RM3000 setahun dikenakan ke atas caruman kasar, termasuk caj pendahuluan.

Insentif kepada golongan muda (20 – 30 tahun)

Dalam Bajet 2017, PM telah menaikkan insentif daripada RM500 kepada RM1000  kepada pencarum yang mengambil bahagian dalam skim PRS untuk memupuk kepentingan menyimpan dari usia muda. RM1000 adalah caruman sekali sahaja oleh kerajaan kepada ahli-ahli golongan muda, tertakhluk kepada terma dan syarat. Ahli mesti mempunyai caruman kasar terkumpul persendirian sebanyak RM1000 dalam tempoh 2017 – 2018.

Sumber dari PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

Ikuti Kami MEDIA WANITA MAYA di Facebook | Instagram | Twitter