Tahun 2017 negara akan menyambut kemerdekaan yang ke 60 tahun, Tua? Matang? atau Mantap?

Di dalam keadaan dunia global dan radikal ini, 60 tahun amat muda untuk kita mendabik dada menyatakan bahawa negara kita hebat. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan dicapai untuk melangkah ke umur seterusnya. Jika selama ini kita mendukung Visi Wawasan 2020 yang hanya tinggal 4 tahun lagi, di mana kita berada di landasan yang betul dan cemerlang.

tn50

Dengan hanya tinggal 4 tahun itu, amatlah relevan Perdana Menteri membentuk Transformasi Nasional 2050 atau #TN50 dalam mencari landasan dan mercu negara untuk menuju ke tahun 2050. Ianya diumumkan Perdana Menteri pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Dimulakan dengan Dialog Perdana TN50 di TV3 dan penjelajahan diseluruh Negara. Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada semua dalam memberikan idea dan pandangan untuk mencorakkan negara selepas Wawasan 2020 (W2020).

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) diberikan peluang sebagai moderator untuk menjayakan program ini kerana mereka lebih memahami dan dekat dengan golongan belia yang pastinya  adalah pendukung transformasi  #TN50 ini.

pm-zahid-bajet-2017

Aspirasi-aspirasi ini akan dikumpulkan dan akan diperhalusi oleh kerajaan untuk digunapakai dalam membentuk negara ke arah #TN50.  #TN50 bukanlah agenda dan senjata politik, bukan milik parti politik dan bukan juga untuk Najib Razak tetapi untuk kita semua rakyat Malaysia. Satu visi, satu matlamat nasional atau apa saja yang ingin kita sebutkan mengenai apa yang kita ingin kecapi dan nikmati pada tahun 2050.

Jika kita boleh menerima Wawasan2020 (W2020), mengapa kita tidak boleh melihat kebaikan #TN50 yang lebih telus dan terbuka. #TN50 adalah milik kita semua dan untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Jadilah Sebahagian #TN50, berbanggalah untuk menjadi salah seorang rakyat yang membina masa depan  negara.

http://mytn50.com

facebook :TN50

Instagram : @mytn50

Twitter : @myTN50

#TN50

Penulis – Intan Rahim | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter