Kebiasaannya kita membersihkan rumah pada waktu pagi dan selepas makan. Menyapu, mengemop, menvakum memang sudah menjadi rutin harian. Tetapi carta di bawah boleh membantu anda membersihkan bahagian atau peralatan rumah yang selalu terlepas pandang.

Kekerapan Apa Bagaimana Kenapa
Harian Pinggan dan mangkuk air haiwan kesayangan Basuh dan bilas secara menyeluruh, pastikan tidak ada sabun tertinggal. Atau masukkan ke dalam dishwasher, sekiranya ada. Bekas yang tidak dicuci akan menyebabkan bakteria senang membiak dan boleh mendatangkan penyakit kepada haiwan kesayangan.
Mingguan Garbage disposal (mesin pelupusan sampah) Letak ketulan ais dan ketulan cuka yang telah dibekukan ke dalam mesin.  Cincin plastic sekelliling mulut mesin dan bahagian dalam mesin mengumpul sisa makanan lama dan bakteria. Ketulan ais dan cuka akan menanggalkan sisa dari bilah dalaman.
  Kabinet dapur (luaran) Lap dengan produk pembersih yang boleh menanggalkan kesan minyak, terutama di bahagian yang terdedah kepada percikan. Pintu cabinet mengumpul kotoran, kuman dan gris semasa memasak.
  Tandas Gunakan pencuci lubang tandas dan berus tandas untuk bahagian dalam mangkuk. Guna spray ubat pembasmi bakteria untuk bahagian luar. Jelas, tandas adalah tempat membiak pelbagai jenis bakteria.
  Bathtub (Tub mandi) Berhati-hati apabila membersihkan tub yang diperbuat daripada enamel, kerana ianya lebih mudah terhakis. Tub mandi juga merupakan tempat pembiakan bakteria dan mudah berubah warna apabila terdedah kepada kotoran, air yang tidak ditapis dan minyak daripada badan manusia.
Setiap 2 Minggu Langsir Vacuum langsir dengan berhati-hati menggunakan berus muncung. Kemudian cuci tangan/mesin/stim mengikut jenis kain dan cara mencuci. Kotoran dan bau mudah melekat pada langsir. Memvakum boleh menyedut habuk yang boleh bertambah dengan mudah.
  Perabot Vacuum dengan berus muncung terutamanya di sudut-sudut, kusyen dan juga di bawah perabot. Habuk bertambah dengan cepat, dan mudah melekat pada perabot. Ini penting bagi keluarga yang mempunyai haiwan kesayangan dan alergi.
  Suis lampu dan tombol pintu Lap dengan produk pembersih Mengumpul pelbagai jenis kuman melaui penggunaan harian.
  Katil haiwan kesayangan Vacuum terlebih dahulu dan kemudian cuci mengkut arahan cucian. Pastikan ianya dicuci berasingan daripada baju anda. Katil/kusyen mengumpul bulu, kelemumur dan kotoran.
  Bath mats (tikar mandi) Cuci dalam mesin cuci dengan air panas Tikar mandi mudah berkulapuk terutama jika dibiarkan lembab.
Bulanan Vacuum Ganti beg, cuci penapis dan bilas bekas habuk. Vacuum yang sering dibersihkan akan meningkatkan keberkesanan.
  Mattress covers & Pillow covers (Sarung tilam dan sarung bantal) Kebanyakannya boleh dicuci tetapi periksa label terlebih dahulu. Penting sekiranya anda mempunyai alergi – sekiranya dilakukan secara tetap, hama di dalam bantal, comforter dan tilam boleh dihapuskan.
  Dishwasher Pindahkan penapis, rendam dan cuci. Pasang kitar “heavy clean” dengan cuka kemudian biarkan baking powder di dalam mesin semalaman sebelum mengaktifkan semula kitaran. Kotoran, sisa makanan dan gris akan semakin bertambah. Ini akan menyebabkan bau busuk dan pinggan-pinggan tidak tercuci dengan bersih.
  Mainan kanak-kanak Mainan lembut boleh dimasuukan ke dalam mesin basuh, dalam kitar delicate. Kuman mudah membiak di mainan kanak-kanak dan ini boleh menjejaskan system imun mereka.
  Dinding shower Cuci dinding shower dengan air suam dan spray antimold/antibacterial. Melindungi daripada perubahan warna, kesan air tidak ditapis dan kulapuk.
Setiap 2  Bulan Keliling mesin basuh & mesin pengering pakaian Vacuum di keliling, belakang dan bawah mesin terutama berdekatan suis dan kawat elektrikal. Kotoran dan habuk yang menimbun, boleh meningkatkan kemungkinan terjadinya kebakaran elektrikal.
  Tong sampah dalaman Bilas dengan air suam dan sabun. Sisa makanan dan bakteria akan bertambah sekiranya tong sampah tidak dibersihkan selalu.
  Kipas siling Spray bahagian dalam plastic beg besar, kemudian letak di setiap bilah kipas untuk memerangkap dan menanggalkan habuk. Lap dengan kain sekiranya masih ada habuk tertinggal. Kotoran dan habuk di atas bilah kipas akan tersebar diseluruh rumah sekiranya kipas tidak dibersihkan.
Setiap 3 Bulan Penapis Hood Dapur Memasak Alihkan penapis dari hood dan kibas dalam sinki berisi air panas dan sabun pinggan. Bilas sepenuhnya dan jangan masukkan dalam dishwasher. Hood akan mengedarkan udara ketika memasak dan penapis akan memerangkap gris dan partikel.
  Tong sampah luar Basuh dengan air sabun dan gunakan hos untuk membilas. Sisa makanan yang tertinggal di dalam akan menarik perhatian binatang.
  Peti sejuk Rendam laci dan rak dalam air dengan sabun pinggan. Lap bahagian dalam dengan span dan baking soda. Jangan guna disinfectant. Peti sejuk yang jarang dibersihkan boleh mengakibatkan keracunan makanan.
  Oven Gunakan campuran baking soda dan cuka untuk membasuh tumpahan di dalam oven. Rak oven boleh dicuci dengan air dan sabun. Tumpahan makanan yang dibiarkan boleh menyebabkan oven berasap ketika membakar.
2 Kali Setahun Bantal dan Comforter Periksa label sebelum mencuci. Penting bagi mereka yang mepunyai alergi.
  Mengalih tilam Tukar posisi tilam anda dari kepala ke kaki. Agar tilam tidak kendur daripada tidur dalam posisi yang sama.
  Lampu Pastikan kuasa dimatikan sebelum dibersihkan. Gunakan kain lembab. Mengumpul habuk, kotoran atau kekadang serangga. Habuk boleh memalapkan cahaya mentol sehingga 30%.
  Shower head Buka shower headdan rendam dalam cuka. Buildup dalam showerhead mengakibatkan tekanan air yang kurang baik.
Tahunan Perabot dan Rug (pendedahan cahaya matahari) Alihkan dan susun semula perabot. Penting terutama kepada mereka yang mempunyai alergi.
  Cuci karpet Vacuum terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin pembasuh karpet. Kotoran dan debu akan bertambah jika tidak dilakukan “deep clean” dari masa ke semasa.
  Mesin basuh kain Mulakan kitaran dengan mengisi air panas dan peluntur melalui dispenser detergen. Bersihkan petak dispenser menggunakan tangan. Bahagian dalam mesin basuh boleh bercalit atau tersumbat.