Untuk mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan untuk pertubuhan sukarela kebajikan (PSK), pertubuhan mestilah berdaftar di Pejabat Pendaftar Pertubuhan atau undang-undang tubuh yang lain. Pertubuhan yang berdaftar akan layak membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan kerajaan kepada PSK.

Statistik Permohonan Pendaftaran Pertubuhan 2017.

Menunggu kelulusan 73.2%
Permohonan diluluskan 18.3%
Permohonan ditolak 6%

Borang Permohonan DI SINI

 

Pelbagai jenis bantuan ditawarkan kepada PSK :

  • Bantuan geran pentadbiran seperti menampung kos sewaan premis atau utility.
  • Bantuan geran rangsum seperti menampung kos makan minum.
  • Bantuan geran pembaikan seperti membaikpulih premis dan sebagainya.
  • Elaun khas murid OKU.

 

ASAS PERTIMBANGAN PEMBERIAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN  KEPADA PSK

  1. Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau di bawah Undang-Undang Tubuh lain.
  2. Pertubuhan bertaraf tempatan.
  3. Pertubuhan yang bercorak kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, penjagaan, perlindungan dan pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan.
  4. Berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian.
  5. Tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung perjalanan program.
  6. Mempunyai perancangan masa depan untuk menanggung kos pembiayaan program selepas tamat tempoh penerimaan bantuan.
  7. Telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun bagi PSK baru.

 

Penulis – WMayaTeam #WanitaMaya

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter