Sejak dahulu, warna merah melambangkan kebaikan dan kesejahteraan di dalam kebudayaan Tionghoa. Warna merah menunjukkan kegembiraan, semangat yang pada akhirnya akan membawa nasib baik.

Angpao sendiri adalah bahasa dialek Hokkian, ertinya adalah bungkusan atau sampul merah. Sebenarnya, tradisi memberikan angpao sendiri bukan hanya pada tahun baru cina, ia juga di dalam peristiwa apa saja yang melambangkan kegembiraan seperti pernikahan, ulang tahun, masuk rumah baru dan lain-lain.
Angpao pada tahun baru Cina mempunyai istilah khusus yaitu “Ya Sui”, yang ertinya hadiah yang diberikan untuk anak-anak berkaitan dengan peningkatan umur. Di zaman dulu, hadiah ini biasanya berupa manisan, bonbon dan makanan. Kerana perkembangan zaman, orang tua merasakan lebih mudah memberikan wang dan membiarkan anak-anak memutuskan hadiah apa yang akan mereka beli.

Tradisi memberikan wang sebagai hadiah Ya Sui ini muncul sekitar zaman Ming dan Qing. Dalam satu literatur mengenai Ya Sui Qian dituliskan bahawa anak-anak menggunakan wang untuk membeli mercun dan manisan. Tindakan ini juga meningkatkan peredaran wang dan putaran roda ekonomi di Tiongkok di zaman tersebut.

Bagaimana bentuknya angpao di zaman dulu?

Wang kertas pertama kali digunakan di Tiongkok pada zaman Dinasti Song, namun baru benar-benar rasmi digunakan secara meluas di zaman Dinasti Ming. Walaupun telah ada wang kertas, namun kerana wang kertas nilainya sangat besar sehingga jarang digunakan sebagai hadiah Ya Sui kepada anak-anak.

Di zaman dulu, kerana nilai terkecil wang yang beredar di Tiongkok adalah kepingan besi atau tembaga (wen atau tongbao). Keping tembaga ini biasanya berlubang segi empat di tengahnya. Bahagian tengah ini diikatkan menjadi untaian wang dengan tali merah. Keluarga kaya biasanya mengikatkan 100 keping wang tembaga buat Ya Sui orang tua mereka dengan harapan mereka akan berumur panjang.

Jadi, dari sini dapat kita ketahui bahawa bungkusan kertas merah (angpao) yang berisikan wang belum popular di zaman dulu.

Makna Pemberian angpao

Orang Tionghoa menitik beratkan banyak masalah pada simbol-simbol, demikian pula halnya dengan tradisi Ya Sui ini. Sui dalam Ya Sui bererti umur, mempunyai lafal yang sama dengan karaktor Sui yang lain yang bererti bencana. Jadi, Ya Sui boleh disimbolkan sebagai “mengusir atau meminimalkan bencana” dengan harapan anak-anak yang mendapat hadiah Ya Sui akan mengharungi 1 tahun ke depan yang aman tenteram tanpa halangan.

Yang wajib memberikan angpao dan berhak menerima angpao

Di dalam tradisi Tionghoa, orang yang wajib dan berhak memberikan angpao biasanya adalah orang yang telah menikah, kerana pernikahan dianggap merupakan batas antara masa kanak-kanak dan dewasa. Selain itu, ada anggapan bahawa orang yang telah menikah biasanya telah kukuh secara ekonomi. Selain memberikan angpao kepada anak-anak, mereka juga wajib memberikan angpao kepada orang yang lebih tua.

Bagi yang belum menikah, tetap berhak menerima angpao walaupun secara umur, seseorang itu sudah termasuk dewasa. Ini dilakukan dengan harapan angpao dari orang yang telah menikah akan memberikan nasib baik kepada orang tersebut, dalam hal ini tentunya jodoh. Bila seseorang yang belum menikah ingin memberikan angpao, sebaiknya cuma memberikan wang tanpa sampul merah.

Namun tradisi di atas tidak terkait. Sekarang ini, pemberikan angpao tentunya lebih didasarkan pada kekukuhan secara ekonomi, namun angpao bukan sekadar terbatas berapa besar wang yang ada di dalamnya melainkan lebih jauh adalah bermakna senasib pemberinya, saling mengucapkan dan memberikan harapan baik untuk 1 tahun ke depan kepada orang yang menerima angpao tadi.

Sumber Asal : ASAL USUL BUDAYA TIONGHUA

Penulis – WMayaTeam #WanitaMaya

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter