Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya berlaku kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Pelbagai jenis penderaan yang boleh dikategorikan antaranya:-

  • Penderaan fizaikal
  • Penderaan mental
  • Penderaan seksual

Statistik menunjukkan kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat sejak tahun 2011.

Tahun Jumlah Kes
2011 242
2012 285
2013 295
2014 328
2015 329
2016 70 (sehingga Mac)

Sehubungan dengan itu, penubuhan pasukan dan pusat aktiviti kanak-kanak merupakan salah satu langkah kerajaan menangani isu penderaan kanak-kanak. Sebanyak 149 pusat aktiviti kanak-kanak dan 153 pasukan perlindungan ditubuhkan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawam serta Labuan.

Peranan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) dan Pusat Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) :

  1. Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
  2. Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.
  3. Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.
  4. Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.
  5. Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.
  6. Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.

Jumlah PPKK dan PAKK di setiap negeri

Negeri PPKK PAKK
Perlis 1 4
Kedah 13 13
P. Pinang 5 10
Perak 15 16
Selangor 11 17
Kuala Lumpur 1 7
N. Sembilan 9 9
Melaka 3 6
Johor 8 10
Pahang 11 12
Terengganu 7 14
Kelantan 10 14
Sarawak 11 13
Sabah 19 4
Labuan 2 2

Senarai tempat-tempat PAKK dan PPKK di seluruh negeri. DI SINI

Sumber : JKM | UTUSAN | PENERANGAN

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter