Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

 

Syarat kelayakan : –
  • Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).
  • Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  • Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar
  • Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah;-
Semenanjung Malaysia
Isi Rumah(Miskin) – RM 930
Isi rumah (miskin tegar) – RM 580
Sabah & Labuan
Isi Rumah(Miskin) – RM 1170
Isi rumah (miskin tegar) – RM 710
Sarawak
Isi Rumah(Miskin) – RM 990
Isi rumah (miskin tegar) – RM 660

• Lihat Jenis Bantuan dan Muat Turun Borang > DI SINI <