BR1M atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia diperkenalkan pada tahun 2012. Pada permulaan ini pemberian hanya kepada ketua isi rumah yang berpendapatan 3,000 ke bawah dan warga emas. Setiap tahun penambahbaikan dilakukan dengan pemberian kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi 2,000 dengan penambahan Insuran Takaful Berkelompok.

Kini di dalam Bajet 2017, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak mengumumkan peningkatan pemberian BR1M kepada RM 1,100 dari RM 1,050 kepada penerima isi rumah 3000 ke bawah, RM 1,200 untuk penerima dalam senarai E-kasih, RM 900 dari RM 800 untuk isi rumah 3,000 hingga 4,000  dan bujang dari RM 400 ke RM 450.

Penambahan ini membabitkan penerima BR1M seramai 7.6 juta penerima dengan nilai RM6.8 Billion .

Baru-baru ini heboh dikatakan BR1M adalah RASUAH. Rasuah kah??? Mari kita lihat definisi rasuah. Rasuah bermaksud memberi sesuatu dengan tujuan menginginkan sesuatu sebagai pulangan kepada si pemberi rasuah. Jadi adakah BR1M itu rasuah?

Pihak pembangkang mengatakan yang BR1M diberikan supaya semua penerima BR1M mengundi Kerajaan di dalam pilihanraya. Adakah sesiapa yang boleh menjawab atau memberikan bukti semua penerima BR1M yang berjumlah 7.6 juta itu mengundi Kerajaan??

br1m

ADA atau TIDAK penerima BR1M yang telah mengembalikan kembali BR1M mereka dan membuat laporan kepada SPRM, PDRM dan lain-lain??

Jika TIADA,  maka orang-orang yang mengatakan BR1M itu adalah rasuah mestilah menerima hakikat bahawa ia adalah bantuan bersasaran kerajaan pusat kepada rakyat yang layak dan memerlukan.

Hakikatnya penerima BR1M amat menghargai pemberian ini  dan ianya juga dapat merangsang ekonomi negara untuk jangka masa panjang. BR1M juga boleh dijadikan modal permulaan untuk perniagaan kecil-kecilan oleh penerima BR1M untuk mengeluarkan mereka dari paras kemiskinan.

TEPUK DADA TANYA SELERA

JANGAN CAKAP MEMBABI BUTA

BERCAKAP UNTUK MEMENANGKAN PARTI SENDIRI SAJA

TIDAK MEMIKIR NASIB RAKYAT DI BAWAH SANA..

 

 

#BR1M
#MensejahteraKehidupanRakayat
#WanitaMaya

Penulis – INTAN RAHIM | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter