#BAJET2017 : Sosial & Kebajikan

Ketika #Bajet2017 dibentangkan, Pindaan Akta kebankrapan 1967 telah diumumkan. Ianya bertujuan untuk memudah dan membolehkan orang bankrap kembali aktif dalam bidang perniagaan.

akta-kebankrapan_l

Pindaan ini akan memberikan harapan baru kepada mereka-mereka yang di isytiharkan bankrap kerana menjadi Penjamin Sosial, Penjamin kepada geran pendidikan, sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, dan juga mereka-mereka yang bankrap kerana tidak mampu membayar kerana telah berumur dan menghidap penyakit kronik.

Akta ini juga bagi memastikan keadilan kepada penjamin sosial supaya tidak sewenang-wenangnya diisytiharkan bankrap sedangkan yang berhutang adalah orang lain. Selama ini penjamin sosial seperti menjadi mangsa kepada Akta Kebankrapan 1967 ini.

Semoga pindaan ini memberikan sinar baru kepada mereka-mereka yang terbabit di dalam masalah ini.

Penulis – INTAN RAHIM | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter