img_5947-1

Majlis Pelancaran Skuad Penerangan Dan Media Pergerakan Wanita Umno Malaysia Oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Antara intipati ucapan perasmian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau menyatakan bahawa Wanita Umno Malaysia dari dahulu lagi telah menjadi nadi dan nyawa kepada UMNO & BN. Kekuatan jentera Wanita Umno memang tidak disangkal lagi dan terbukti dalam apa sahaja program yang diadakan di mana-mana lokasi, jentera wanita yang pertama akan ke depan dalam mendekati rakyat diperingkat akar umbi. Begitu juga tatkala pelbagai isu fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan, skuad penerangan dan media wanita berani tampil menangkis segala serangan dan tohmahan.

img_5948

Apabila menghadapi dunia tanpa sepadan atau dasar langit terbuka, media maya memainkan peranan penting untuk memastikan agar maklumat tepat sampai kepada rakyat. Kini maklumat dihujung jari. Peperangan atas persepsi dan pemikiran negatif pembangkang inilah kerajaan hampir kalah dalam PRU yang lalu. Mereka mempunyai agenda media yang tidak baik untuk menjatuhkan kerajaan. Oleh itu, skuad penerangan dan media wanita harus melangkah ke hadapan untuk membantu menghalang segala persepsi dan pemikiran negatif oleh pihak pembangkang.

img_5954

Beliau turut menegaskan sesuatu yang tidak benar jika diulang-ulang akan terus meracuni pemikiran rakyat dan inilah cara mainan politik pembangkang. Umno harus pelajari cara mereka tetapi harus mengikut acuan sendiri atau susun atur yang baik. Di pihak pembangkang mereka telah menghantar cybertroopers mereka ke Taiwan untuk mempelajari dan mendalami ilmu di alam maya bagi memastikan rakyat Malaysia akan terus terpedaya dengan agenda kotor mereka dan pihak pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.

img_5946

Oleh yang demikian, beliau berharap dengan pelancaran Skuad Penerangan dan Media Wanita Malaysia akan dapat memantapkan lagi kekuatan dalam memastikan UMNO/BN akan terus relevan dihati rakyat. Sekiranya persepsi dan pemikiran konvensional, media maya dan komunikasi dapat digabungkan untuk menangkis segala fitnah dan tomahan, Insyaallah kerajaan akan menang 2/3 untuk PRU14 nanti.

Beliau turut mengharapkan dengan adanya Agenda Transformasi 2050 wanita turut memainkan peranan penting dengan mengambil bahagian dalam memacu negara dengan menjawat jawatan penting bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat global.

#SkuadPenerangan&Media
#PeneranganSediaJrReady
#WanitaMaya

Penulis – Tun Rahim | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter