Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M adalah salah satu bantuan daripada kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat kini.

Mula diperkenalkan melalui bajet 2012 dengan peruntukan sebanyak 2.6B dan memberi maanfaat kepada 5.2 juta isi rumah, kini jumlah tersebut telah meningkat peruntukan sebanyak 6.8B dengan penerima penerima 7.6 juta mengikut pelbagai kumpulan sasaran dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Peningkatan kos sara hidup yang tinggi ini berikutan ketidakketentuan harga barang diperingkat global disebabkan beberapa faktor antaranya krisis ekonomi dunia, kekurangan bekalan, faktor cuaca termasuk pergantungan beberapa sumber makanan dari negara lain turut menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat di negara ini.

10352277_782240305147002_1118813660071827974_n

Memahami akan keperitan golongan ini, Perdana Menteri merasakan perlunya ada satu mekanisme dalam mengagihkan faedah yang diperolehi semasa pertumbuhan ekonomi yang dikecapi dalam proses negara maju. Kini pemberian BRIM turut meningkat dari segi jumlah yang diterima olah rakyat. Pendekatan Perdana Menteri ini dilihat mempunyai persamaan dengan usaha yang diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dalam era 1960an dan awal 1970an semasa inflasi melanda negara. Allahyarham juga turut melaksanakan program Transformasi Ekonomi dengan perlaksanaan beberapa dasar pembangunan jangka panjang untuk kesejahteraan rakyat.

Memahami keikhlasan kerajaan dalam meringankn beban rakyat, kedengaran juga pandangan skeptikel golongan tertentu yang memperlekehkan usaha murni kerajaan sebagai muslihat atau gimik politik untuk memancing undi rakyat.

10576959_711300295574337_1523449722197442288_n

Hakikatnya, pemberian BR1M sangat bermaanfaat dan berguna kepada rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Bahkan ianya harus diterima secara positif atas kesedaran sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk mengambil berat kebajikan rakyat dengan proses pengagihan yang benar-benar telus sampai kepada golongan sasaran tanpa sebarang penyelewengan.

Biar apapun spekulasi terhadap pemberian BR1M, hakikatnya rakyat berpendapatan rendah dan sederhana amat memerlukan dan mensyukuri di atas pemberian ini. Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita harus menyokong dasar kerajaan dalam perlaksanaan apa sahaja program untuk kesejahteraan dan kebajikan kepada rakyat.

“NEGARA MAJU, KEBAJIKAN RAKYAT TERPELIHARA”.

#BR1M
#MensejahteraKehidupanRakayat
#WanitaMaya

Penulis – TUN RAHIM | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter