Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau lebih sinonim dengan singkatan BR1M adalah bantuan khas yang akan diagihkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui LHDN. Kerajaan mengetahui keperitan dan kesusahan yang dihadapi oleh golongan miskin atau yang berpendapatan rendah, BR1M online perlu dilihat sebagai bantuan kewangan yang positif yang diberikan oleh kerajaan. BR1M adalah pada dasarnya pendekatan positif untuk golongan yang memerlukan tetapi ianya perlu disasarkan hanya kepada golongan yang betul-betul layak.

Sebanyak 6.48 juta individu telah menerima bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M). Tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.37 bilion. Menteri Kewangan kedua YB Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyatakan bahawa 57 peratus atau 3.68 juta penerima yang menerima bantuan wang BR1M adalah melalui permindahan kredit ke akaun bank masing-masing.

Kemudian 2.80 juta penerima atau 43 peratus daripada mereka yang tidak mengemukakan nombor akaun bank mereka termasuk urusniaga pemindahan kredit tidak berjaya, pembayaran akan dibuat melalui secara berperingkat melalui majlis pengagihan BR1M dan boleh ditunaikan di mana-mana Bank Simpanan Negara, Public Bank Berhad, Maybank dan CIMB.

Manakala bagi permohonan yang tidak Berjaya, mereka boleh membuat rayuan mulai 1 APRIL 2017 melalui borang rayuan yang boleh didapati dimana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) sebelum 30 APRIL 2017. Dan yang istimewa kerajaan buat kali pertama telah memperkenalkan iBR1M TAKAFUL, pelan perlindungan yang memberi manfaat kepada kategori penerima di bawah isi rumah/keluarga sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Kerajaan Malaysia kerana membantu menyelesaikan kewangan jangka pendek kepada penerima bantuan BR1M dan kini membuka mata Negara-Negara luar dan menjadikan Malaysia sebagai contoh utk bantuan yg seumpama BR1M.

“TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA”

Penulis – Mama G | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter