2

JENAYAH FITNAH merupakan suatu jenayah yang boleh berlaku sama ada di alam nyata mahupun di alam siber, tambah-tambah lagi dengan adanya kemudahan laman laman rangkaian media sosial yang membolehkan seseorang berinteraksi dan bertukar pendapat malah memberikan informasi atau dokumen dengan hanya menekan dihujung jari.

Jadi dengan adanya medium perinteraksian seperti media-media social seperti ini, tidak mustahillah seseorang boleh menyatakan kepada seseorang yang lain sesuatu yang tidak benar atau sebagainya dan menyebarkan khabar angin yang tidak betul dan seterusnya menjadi sesuatu fitnah.

Kebanyakan input atau mesej yang disampaikan melalui media sosial seperti Facebook adalah palsu bagi tujuan memperbetulkan fakta jahat pihak pembangkang dalam mengaburi pemikiran dan mempengaruhi rakyat untuk membenci kerajaan sedangkan ia sebenarnya hanyalah fitnah.

Ciri-ciri maklumat palsu : –

  • Rujukan tidak tepat
  • Tidak logik
  • Sumber kurang jelas
  • Jalan cerita menarik
  • Kerap diulang tayang
Cara mengatasi : –
  • Rujuk sumber rasmi
  • Rujuk media arus perdana
  • Buat kajian
  • Jangan sebarkan terlebih dahulu

 

Sumber : iyres.gov.my

Media Wanita Maya • Facebook | Instagram | Twitter