Kerusi kereta memang sering mempunyai tumpahan makanan, minuman atau lebih teruk lagi kesan peluh. Jangan bimbang, anda tidak perlu membawa kereta anda ke tempat cuci professional. Baca tips di bawah untuk membersih dan menyegarkan kereta anda (sambil menjimatkan wang)

Apa yang anda perlu:

  • 2 sudu besar cecair sabun pencuci pinggan
  • 2 sudu besar washing soda atau Borax
  • 2 cawan air panas
  • Mangkuk
  • Berus kain
  • Tuala bersih
  • Vakum (Vaccum Cleaner)
  • Febreze

Apa yang anda perlu buat:

  1. Mulakan dengan menggunakan vakum ke atas kerusi kereta, pastikan sedut di sudut-sudut kerusi.
  2. Campurkan sabun pencuci pinggan, washing soda dan air panas. Cecair pencuci pinggan boleh menanggalkan kesan minyak dengan mudah  manakala washing soda menggalakkan sabun bekerja dengan lebih effisien.
  3. Celup berus kain ke dalam campuran pembersih dan gosok kerusi kereta. Jangan biarkan campuran itu menyerap masuk ke dalam kusyen, anda cuma perlu membersih permukaan yang kotor sahaja.
  4. Lap permukaan kerusi dengan tuala bersih dan biarkan ianya kering.
  5. Akhiri dengan menyedut menggunakan vakum dan rembeskan dengan Febreze.

Selamat Mencuba & Semoga Bermanfaat !

Sumber | PopSugar