Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata ini bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lancar dan selesa bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

Rebat 50 peratus akan diberikan untuk pembayaran secara elektronik bagi kenderaan kelas 1 di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE.

• Rebat di tol antara pukul 12 malam hingga 6 pagi iaitu pada 27 dan 30 Januari, serta 3 dan 4 Februari.

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)

• Bagi pengguna yang menuju ke destinasi jauh memasuki lebuh raya sebelum pukul 12 tengah hari.

• Pengguna yang menuju ke destinasi lebih dekat dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum pukul 2 petang.

Maklumat Tambahan Strategi Trafik PLUS

No

Strategi

1 Menempatkan sebanyak 2,130 kakitangan di 1,130 lorong tol untuk melancarkan transaksi tol
2 Menambah jumlah pasukan PLUSRonda daripada 322 pasukan pada hari biasa kepada 339 pasukan. Ini membolehkan lebih banyak rondaan diadakan untuk membantu orang ramai.
3 Menambah bilangan petugas Pusat Kawalan Trafik yang mengendalikan talian bantuan PLUSLine 1800 88 0000
4 Berkerjasama dengan pelbagai agensi bantuan kecemasan untuk bersedia di 14 lokasi strategik sepanjang lebuh raya
5 Menempatkan kira-kira 1,500 kakitangan penyelenggaraan di kawasan rehat, hentian sebelah dan lebuh raya
6 440 anggota RELA ditempatkan di 69 lokasi sepanjang lebuh raya untuk membantu pengurusan trafik
7 Maklumat trafik terkini disediakan menerusi aplikasi PLUS Mobile App, Twitter PLUSTrafik, talian Bebas Tol PLUSLine 1800 88 0000 serta siaran radio-radio utama
8 Tempat meletak kenderaan tambahan disediakan di 18 lokasi terpilih
9 Kemudahan Tandas Bergerak disediakan di 21 lokasi terpilih
10 Laluan Kontra di laluan-laluan kritikal akan diaktifkan setelah mendapat kelulusan pihak Polis
11 Kren dan trak tunda tambahan diletakkan di dalam keadaan bersedia di lokasi tertentu
12 Pemberhentian sementara kerja-kerja penyelenggaraan jalan di antara 26 Januari hingga 5 Februari
13 Pemantauan trafik dari udara di antara 27 hingga 30 Januari
14 Membuka semula Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Utara), R&R Machap (Arah Selatan), R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) & Hentian Sebelah Senawang (Arah Utara) yang telah dinaiktaraf

Semoga Bermanfaat !

Facebook | Instagram | Twitter #WanitaMaya