Apakah TN50???

pm-zahid-bajet-2017

TN50 atau Transformasi Nasional 2050 adalah satu visi yang dirangka oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan halatuju untuk masa hadapan negara Malaysia.

Jika DEB diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bagi tujuan merapatkan jurang ekonomi antara kaum, Wawasan 2020 adalah untuk mensasarkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi atau negara maju dan kini TN50 akan direalisasikan bagi meneruskan legasi untuk memajukan Malaysia dimasa akan datang.

Jika ada yang berasa skeptikal terhadap TN50 ini, eloklah kita melihat kembali fikiran mereka dengan mempersoalkan bila masanya yang sesuai untuk negara merancang “whats next” untuk diri sendiri dan negara tercinta. Paling tidak Perdana Menteri dalam merangka TN50 ini akan menggunakan cara Islam dengan bermusyawarah antara pakar melalui siri Dialog Nasional bagi menentukan halatuju negara.

Kalau DEB, Allahyarham Tun Abdul Razak rencanakan untuk Generasi Baharu dalam tempoh 30 tahun, begitu juga TN50 akan menjangkau 3 dekad segala proses dan gerak kerjanya bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa dan berminda “Par Excellence” serta berdaya saing dengan rakyatnya memiliki pemikiran tinggi serta matang. Tidak perlulah kita skeptikal atau membenci TN50 tanpa mengetahui dari awal corak pergerakannya terlebih dahulu.

Jika kini kita merasai dan menikmati Wawasan 2020, apalah salahnya kita merealisasikan TN50 untuk dinikmati dan diwarisi oleh anak cucu cicit kita di masa hadapan. Janganlah kita menjadi kufur nikmat dan berfikiran jumud. Jauhkan soal politik kebencian tetapi marilah kita sama-sama membantu pemerintah untuk mamacu negara ke arah Transformasi Nasional 2050.

“TRANSFORMASI NASIONAL 2050”
“IMPIAN MENJADI KENYATAAN”

#TN50
#AzimatMasaHadapan
#WanitaMaya

Penulis – Tun Rahim | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter