#Rohingya : PENCABULAN HAK-HAK ASASI KEMANUSIAAN KEATAS ETNIK ROHINGYA

Etnik Rohingya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam Utara negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma.
Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh Junta tentera Myanmar sejak tahun 1978 dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.
Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan hak kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka dipaksa menjadi buruh kasar dalam pembinaan jalan raya, di kem-kem tentera dan adakalanya mereka ini diseksa oleh tentera dan wanitanya dirogol dan juga dibunuh.
Pada 6 Feb 2009 Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan dipantai Sumatera pada Januari 2009.
Berikutan tindakan keras terhadap etnik Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di Bangladesh. Sesetengahnya masih berada dalam buangan dan tinggal di Pakistan, Arab Saudi, UAE, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Bermula 2005, UNCHER telah membantu penghantaran pulang oetnik Rohingya tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian telah mengancam usaha ini.
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh kerana tidak diterima oleh rejum di Burma. PBB menjangkakan kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.
#SafeRohingya
#StopGENOCIDE
Penulis – Tun Rahim |WMayaTeam