welfare-minister-in-maungdaw

Dikala kita warga Malaysia merasai nikmat merdeka, tetapi masih ada yang menjadi pelarian Di Negara sendiri. Itulah realiti Etnik ROHINGYA. Namun begitu, Malaysia peka akan penderitaan Rohingya. Pelbagai bantuan disalurkan melalui pertubuhan-pertubuhan NGO dan agensi. Namun bantuan bagi membantu masyarakat etnik Rohingya yang menjadi mangsa dan dizalimi oleh tentera Myanmar disekat daripada masuk ke negara tersebut.

Bagi mengatasi kekangan ini, AGENSI BANTUAN MALAYSIA (MRA) telah membuka pusat di Yangon bagi membolehkan bantuan sampai kepada penduduk Rohingya di Wilayah Arakan Negara itu. Bantuan yang yang dibekalkan termasuk pelbagai keperluan asas serta bantuan kewangan.

10926209_788245174597215_6573223096785331811_o
Facebook : fb.me/MalaysianReliefAgency

Dalam sidang media, Tabung Bantuan Kemanusiaan Rohingya yang diadakan pada 1 disember 2016 yang lalu oleh Presiden MRA, Datuk Dr Abdul Razak Kecik berkata jumlah kutipan derma bagi tabung adalah sebanyak RM 50,000 setakat ini.

Larangan membawa masuk bantuan kemanusiaan seperti bantuan perubatan, makanan dan keperluan asas di Arakan amat mendukacitakan. Ini jelas menafikan hak kemanusiaan penduduk Rohingya yang terus menerus ditindas seolah-olah ada perancangan rapi untuk melenyapkan terus etnik tersebut di bumi Myanmar.

maungdaw-idps

Pemusnahan sejumlah 16 buah kampung di utara Maung Daw, Arakan oleh tentera Myanmar telah menyebabkan lebih 30,000 etnik Rohingya terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri. Pintu sempadan yang paling hampir ialah Bangladesh namun ianya sudah tertutup buat etnik Rohingya dan jalan keluar melalui laut seolah-olah ibarat jalan mati buat mereka.

15894422_1303323293089398_540107224134741669_n

MRA turut terlibat dalam kerja-kerja membantu pelarian Rohingya terutama di Malaysia dengan menubuhkan sekolah rendah bagi kira-kira 100 orang pelajar masyarakat etnik itu di Cheras Baru, Kuala Lumpur. MRA juga memberikan bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya di kem-kem tahanan Imegresen di utara Malaysia dengan kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi orang-orang pelarian (UNHCR) dan pelbagai agensi serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain.

15241306_1249029065185488_6620059363630541006_n

Bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada pelarian Rohingya, MRA menyeru rakyat Malaysia supaya memberi sokongan dengan cara menyumbang kepada tabung bantuan kemanusiaan Rohingya atas nama RELIEF AGENCY No akaun MAYBANK 564098206365. MRA mensasarkan kutipan bantuan sebanyak RM500,000 untuk disalurkan kepada pelarian Rohingya.

“Kita tidak akan jatuh miskin dengan menderma.”

#SelamatkanRohingya

Penulis – Mama G | WMayaTeam

Ikuti Kami di Facebook | Instagram | Twitter