O.I.C, Tolong jangan tengok saja, lakukanlah sesuatu…

P.B.B, dunia tidak boleh berdiam diri dan hanya menyaksikan pemusnahan bangsa , ini adalah masalah kita…

Beratus ribu sebelum ini mati di Rwanda dan Bosnia, dunia hanya melihat dan lewat bertindak. “Kali ini kami tidak mahu hanya MENUNGGU dan MELIHAT”. Inilah kata-kata keramat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak di hadapan 20,000 orang yang hadir di “HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH UNTUK ROHINGYA” di Stadium Titiwangsa tahun lalu bersama Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

83fa1f9dd9aed4f72ba47f5618b8728c

Dan tegasan ini beliau ulangi kembali ketika Perhimpunan Agung UMNO 2016. Beliau mahu ASEAN dan antarabangsa mengambil tindakan atas pencabulan hak asasi manusia dan penghinaan agama Islam. Desakan demi desakan kepada kerajaan Myanmar telah mendapat bantahan dari Pejabat Presiden Myanmar, ancaman sektor buruh dan protes di hadapan kedutaan Malaysia.

Tetapi akhirnya pada 18 Disember 2016, Ketua Pengarah Kementerian Luar Myanmar Aung San Suu Kyi telah menjemput Menteri Luar ASEAN untuk berbincang dalam pertemuan tidak rasmi.

PBB juga telah dibenarkan melawat ke kawasan kejadian iaitu negara Kachin di mana pertempuran etnik Rohingya dan tentera. Siasatan dilakukan atas aduan kejadian merogol, membunuh dan memusnahkan tempat kediaman etnik Rohingya. PBB menyenaraikan Rohingya menerima penindasan paling teruk di dunia. Pada tahun 2012 sahaja 1,000 dilaporkan terkorban, 3,000 – 4,000 cedera, 10,000 hilang dan 1,150 hidup melarat. 60% kanak-kanak Rohingya kekurangan zat dan diskriminasi pendidikan.

arakan-1

Tetapi hasil siasatan mendapati Myanmar masih gagal bertindak mengikut cadangan Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (OHCHR) dimana lebih 120,000 bersesak di kem pelarian di Rakhine. Ini dimaklumkan oleh Kofi Annan. Pemerhati Bebas juga di larang menjalankan siasatan ke atas laporan yang diterima.

Desakan demi desakan supaya “Hadiah Novel Keamanan” yang dimenangi oleh Ketua Pengarah Kementerian Luar Myanmar ditarik semula kerana menjejaskan janji untuk memastikan keamanan di negara tersebut.

Jika Myanmar masih tidak mahu menyelesaikan isu ini mengikut cadangan dan keputusan yang dibuat oleh PBB dan ASEAN, adakah jalan penyelesaian lagi buat etnik Rohingya ?

635955ban_charter

Diskriminasi masih berlaku di Myanmar dan akan terus berlaku. Tindakan lebih tegas perlu diambil oleh PBB dan ASEAN. Etnik Rohingya adalah bangsa beratus tahun yang menetap di Myanmar dan seramai 1.5 daripada 5.5 rakyat Myanmar. Mengapa mereka tidak boleh diiktiraf sebagai warganegara?? Kebanjiran pelarian Myanmar amat membebankan kepada semua negara ASEAN.

Malaysia amat berharap isu Rohingya diselesaikan dengan segera. Semoga mereka juga dapat menikmati kehidupan dengan lebih baik di tanah air sendiri.

SELAMAT MALAM ROHINGYA

MESKI LENAMU DISISI MAYAT

JANGAN MENANGIS SAHABAT INI TUHAN MENGUJIMU

SELAMAT MALAM ROHINGYA

DUNIA SEDANG TIDUR LENA

KAMI DOAKAN UNTUKMU SEJAHTERA SELALU.

Semoga tindakan kita akan dapat mengubah senikata lagu SELAMAT MALAM ROHINGYA oleh Sahabat satu hari nanti.

Penulis : Intan Rahim |WMayaTeam