model-7 model-6

Jenama hijab “Radiusite” sudah sinonim dalam kalangan wanita. Pemiliknya iaitu Ika dan suaminya Isk berjaya menjadikan jenama ini antara jenama hijab yang paling digemari ramai  oleh kerana rekaannya yang trendy dan mengikuti arus peredaran fesyen muslimah. Ini menjadi daya penarik dan tumpuan orang ramai untuk mencuba dan membeli.

atikah-ashri-2

Jom mengenali beliau dengan lebih dekat!

Puan A’tikah Binti Ash’ri, 30 tahun, anak kedua daripada tiga beradik ini berasal dari Pahang. Beliau merupakan seorang pemilik butik jenama “Radiusite”. A’tikah Ash’ri lebih gemar dikenali sebagai Ika mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Bermula dengan berniaga secara suka-suka semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di tahun ketiga dan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM500, Ika dan suami gigih mencari dan membeli pelbagai fesyen tudung terbaru di kedai-kedai sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

atikah-ashri

Oleh kerana dulu faktor tiada banyak pesaing tudung, ini menjadi peluang yang terbaik bagi usahawan muda ini untuk berjaya. Berjaya mengambil peluang dan berjaya menyelesaikan masalah penggemar tudung yang susah mencari tudung. Lama-kelamaan, “Radiusite” semakin digemari dan dikenali oleh pembeli. Setelah tamat pengajian pada tahun 2009, beliau ingin terus melebarkan nama “Radiusite” dan tidak mahu terikat dengan bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Mahupun begitu, ini menimbulkan rasa kurang senang kedua ibubapanya. Walaubagaimanapun, beliau tekad untuk meneruskan perniagaan.

Akhirnya, dengan berbekalkan modal sebanyak RM3500, Ika berjaya meneruskan empayar “Radiusite” dan berjaya menjadi usahawan muda wanita di dalam bidang fesyen tudung. Kini “Radiusite” mempunyai 4 cawangan; Rawang, Shah Alam, Bangi dan Johor Bharu.

Selain itu, Ika juga menceburi industri busana muslimah dengan membuka butik “Dreemika” di Seksyen 7, Shah Alam. Berkat kesungguhan dan azam yang kuat, anak muda ini berjaya menjadi usahawan wanita yang muda dan berjaya. Semoga perniagaan beliau akan terus berkembang maju dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa seterusnya menaikkan nama Malaysia di persada dunia. In Shaa Allah…

Media Wanita Maya : Facebook | Instagram | Twitter