Sekiranya anda penggemar pakaian yang mempunyai tag “Dry Clean Only”, jangan bimbang. Baca tips berikut untuk mencuci pakaian tersebut di rumah (dan sekaligus menjimatkan duit anda daripada bil dobi).

Periksa jenis fabrik

Mulakan dengan memeriksa jenis kain baju anda. Kebanyakan pakaian sudah dirawat agar tidak luntur tetapi sebaiknya lakukan ujian cepat bagi memastikan ianya tidak akan luntur atau berdarah jika dicuci tangan.

Cucian tangan

  1. Cashmere :  Sweater cashmere boleh dicuci tangan dengan air suam dan bahan pencuci lembut. Cuci dengan air suam dan kemudian celup dalam air sejuk sehinga pakaian bebas dari sabun. Alas tuala kering di atas counter atau mana-mana permukaan rata, letak cashmere mendatar di atas tuala tersebut. Elakkan daripada memerah atau menggantung cashmere kerana ia boleh meregang fabrik jenis cashmere.
  2. Wool : Sama seperti barangan cashmere, pakaian ini perbuat daripada wool boleh dibasuh tangan atau dimesin basuh dengan menggunakan kitar gentle. Artikel wool juga tidak boleh diperah atau digantung dan seharusnya dikeringkan mendatar di atas permukaan rata.
  3. Kulit : Gunakan kain yang lembab untuk membersihkan jaket atau seluar kulit dan lap dengan lembut.
  4. Sutera : Fabrik buatan sutera sukar dirawat colourfast, jadi mungkin akan pudar sedikit apabila dibasuh tangan. Cuci dengan sabun lembut seperti sabun Castile dalam air suam. Rendam dalam beberapa minit dan kocak dengan berhati-hati. Bilas dan gantung dengan gantungan empuk.

Jimat duit dengan tip cucian kering di rumah

Jika anda ingin menjimatkan duit, baca tip ini untuk mencuci kering pakaian anda sendiri di rumah. Nota : tip ini tidak membersihkan pakaian anda seperti di dobi professional tetapi menyegarkan baju anda dengan cepat dan murah.

Apa yang anda perlu:

  • Mangkuk kecil
  • ¾ cawan air
  • ¼ cawan cuka
  • 1 sudu kecil Borax (boleh didapati di hardware store seperti ACE Hardware store)
  • 1 sudu kecil Dry Oxygen Bleach
  • 5-10 titik Essential oil
  • Sarung bantal berzip
  • Tuala kecil

Arahan :

  1. Sekiranya baju anda ada sedikit kotoran, sembur dengan hydrogen peroxide 3% dan lap dengan menggunakan tuala kecil.
  2. Campurkan  air, cuka, borax, dry oxygen bleach dan essential oil ke dalam mangkuk kecil. Borax dan oxygen bleach adalah pembersih yang akan menggilap pakaian anda manakala cuka akan berperanan untuk menghilangkan bau yang tidak diingini.
  3. Rendam tuala kecil tadi dalam campuran borax dan perah lebihan cecair. Masukkan pakaian yang hendak dibasuh kering bersama tuala kecil lembab ke dalam sarung bantal berzip.
  4. Keringkan dalam dryer selama 30 minit dan gantung. Pakaian akan terasa sedikit lembab tapi tidak mengapa. Seterika jika perlu  dan nikmati pakaian segar anda.

Semoga Bermanfaat !

Sumber dari | PopSugar