YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar dilahirkan pada 10 Ogos 1961. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya pada tahun 1985 dan Ijazah Sarjana Undang-Undang daripada Universiti of Kent di Canterbury, United Kingdom pada 1998. Beliau menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1985.

dsc_0510

Dato’ Sri Latifah telah berkhidmat di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan semenjak menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Beliau telah memulakan perkhidmatan sebagai Majistret bermula pada tahun 1985 hingga 1989 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan Ipoh.

9_19

Seterusnya, beliau telah dilantik menjadi Peguam Cara di Jabatan Pemegang Amanah Raya hingga tahun 1992 dan kemudiannya dilantik menjadi Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Hasil Dalam Negeri hingga tahun 1993.

Bermula pada tahun 1994 hingga tahun 1997, Dato’ Sri Latifah dilantik menjadi Penasihat Undang-Undang di Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau seterusnya memegang jawatan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara pada tahun 1998 hingga tahun 2000 dan kemudiannya bertukar ke Jabatan Pembangunan Koperasi sebagai Penasihat Undang-Undang bermula pada bulan Mac 2000 hingga tahun 2001. Dato’ Sri Latifah seterusnya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Sesyen di Mahkamah Sesyen Shah Alam bermula pada tahun 2001 hingga tahun 2010.

gambarpengurusantertinggi

Pada 16 Mei 2010, Dato’ Sri Latifah dilantik sebagai Pengarah Mahkamah Negeri Selangor dan beliau kemudiannya telah dinaikkan pangkat menjadi Pendaftar Mahkamah Rayuan bermula pada 15 Disember 2013. Beliau telah dilantik menjadi Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan bermula 16 Disember 2015 sehingga kini.

anugerah_2

Dato’ Sri Latifah telah menerima anugerah “Excellent Service Award” daripada Presiden Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman (tengah) pada Majlis “PNB-ASNB Starz Award Nite 2015” atas komitmen dan kerjasama yang baik kepada pihak ASNB khususnya Bahagian Surat Kuasa Wakil dalam pemprosesan dokumen Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah.

Tahniah diucapkan!!!!!