Antara sebab-sebab mengapa berat badan anda masih tidak turun, mengikut kata pakar pemakanan – Stephanie Clarke, RD dan Willow Jarosh, RD dari C&J Nutrition serta Mitzi Dulan, RD, pengarang The Pinterest Diet: How to Pin Your Way To Thin dan rakan kongsi  CLIF Bar Nutrition, berikut adalah antara sebab-sebabnya ;


payment-schedule.jpeg
Sumber : Google

TIDAK MEMBUAT PERANCANGAN AWAL :

• Merancang semua makanan dan snek untuk 1-2 minggu, membuat senarai barangan yang diperlukan dan membeli cukup untuk bekalan seminggu. Ini bermakna anda sentiasa mempunyai makanan yang sihat dalam tangan.

imag-45
Sumber : Google

TIDAK MELIBATKAN RAKAN DAN AHLI KELUARGA :

• Mendapat sokongan daripada orang-orang di sekeliling anda akan membuat matlamat mengurangkan berat anda lebih mudah untuk terus berada di landasan yang betul.

protein-foods
Sumber : Google

KURANG ATAU LEBIH PROTEIN :

• Tidak mengambil protein yang mencukupi boleh menyebabkan pertambahan berat badan kerana protein membantu anda berasa kenyang lebih lama. Pastikan pengambilan makanan seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijian dan bijiran di samping protein seperti daging dan ikan.

workout-while-eating640x400
Sumber : Google

MAKAN VS SENAMAN :

• Gunakan senaman untuk melengkapkan diet sihat anda, bukan menggantikan tabiat makanan yang tidak seimbang. Berlari selama 30 minit hanya membakar 250 kalori manakala 1 hidangan nasi lemak = 389 kalori /1 keping roti canai = 301 kalori

03fitness1
Sumber : Google

BERHENTI DARIPADA MAKAN MAKANAN KEGEMARAN :

• Jika anda gemar memakan coklat atau biskut, masukkan ia ke dalam diet harian anda tetapi dalam kuantiti yang sedikit contohnya sebanyak 150 hingga 200 kalori setiap hari. Ini mengelak daripada anda “bingeing” /makan terlalu banyak kemudian.

young attractive woman in the kitchen
Sumber : Google

HARI CUTI DIET :

• Mempunyai hari cuti dari diet tidak akan membantu mengurangkan berat badan sebaliknya anda akan memakan berlebihan dan akan membatalkan semua kerja-kerja mengurangkan berat anda sepanjang minggu. Lebih baik sekiranya mengamalkan 1 treat setiap hari.

hand-writing-a-diet-plan-by-supermarket-fruit
Sumber : Google

TIDAK MEMANTAU DIET :

• Pemantauan pengambilan kalori harian adalah penting apabila cuba mengurangkan berat badan dan salah satu cara yang paling berkesan adalah dengan jurnal makanan. Lihat sini : Food Journal Apps 

how-to-eat-too-much-but-still-slim-680x450
Sumber : Google

MENGAMBIL MAKANAN ‘DIET’ :

• Kajian baru-baru ini menunjukan bahawa kita tidak merasa puas hati dengan makanan rendah lemak dan akan menyebabkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang lebih dalam jangka masa panjang.

 

SUMBER  | KEMENTERIAN KESIHATAN