Ramai yang tidak berani mengembara secara solo ataupun backpacker, Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar wanita. Takut terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Ada sesetengah mereka yang gemar melakukan pengembaraan solo dengan alasan mahu berdikari dan menimba pengalaman di tempat orang. Walaupun bebas mengembara ke mana saja yang diinginkan tetapi tentu anda mempunyai banyak persoalan lebih-lebih lagi apabila korang mengembara secara solo, sila baca tips – tips dibawah.

travelalone-636x298

1. Rancang jadual perjalanan anda sebelum berlepas

• Beri sesalinan kepada ahli keluarga agar mereka tahu di mana anda berada. Tetapkan masa/tarikh untuk check-in status dengan keluarga.

2. Dapatkan lokasi kedutaan/pesuruhjaya tinggi

• Pastikan alamat dan nombor telefon kedutaan disimpan sebelum jalan. Sebaiknya, maklumkan kepada Kementerian Luar yang anda akan berada di negara XXX pada tarikh percutian anda.

3. Penginapan

• Pilih tempat penginapan yang mempunyai ulasan terbaik dan melalui laman web yang telus.

4. Jangan bawa barang berlebihan

• Lebih senang untuk menarik beg yang ringan dari satu tempat ke satu tempat

5. Tempah walking tour

• Ia boleh membantu mengenal persekitaran bandar dengan lebih mudah

6. Jangan lupa Pengecas Mudah Alih (Portable charger)

• Mula hari anda dengan bateri telefon yang penuh dan portable charger. Jangan lupa pek universal adapter untuk mengecas bateri.

7. Bawa hiburan sendiri

• Pada masa anda rasa kesunyian, buku/lagu boleh menghiburkan anda. Jangan lupa memuat turun Language Apps pada telefon anda bagi memudahkan berkomunikasi dengan orang tempatan.

8. Sentiasa peka terhadapa kawasan persekitaran

• Baca tentang kawasan kejiranan yang anda akan duduki dan tempat yang akan dilawati. Informasi boleh didapati di laman web seperti TripAdvisor forums. Simpan duit dan passport di tempat yang selamat.

9. Rahsiakan perjalanan anda

• Jangan memberitahu orang yang anda melawat secara solo.

10. Sentiasa simpan alamat tempat tinggal pada diri anda

• Sekiranya anda sesat, anda boleh tunjuk alamat tersebut kepada pemandu taxi/polis.

11. Cuba pengalaman baru

• Makanan, minuman, apa saja yang anda tidak akan lakukan sekiranya bercuti dengan kawan/keluarga.

SUMBER : www.popsugar.com

Moga Bermanfaat !
#WanitaMaya