Berikut adalah perbandingan antara 3 negara bagi mendapatkan lesen sebagai pemandu bas.

 

malaysia
Malaysia

Kelayakan :

• Perlu ada lesen memandu CDL kelas E, berumur 21 tahun ke atas dan lulus pemeriksaan doktor.

Kursus dan ujian yang perlu diambil :

• Kursus lesen vokasional PSV (Bas) selama 20 jam. Pelatih akan diberikan kursus teori dan latihan amali. Pelatih harus lulus kedua-dua ujian (teori 42/50).

 

 

smsfuk01
United Kingdom

Kelayakan : 

• Perlu ada lesen memandu kereta dan berumur 18 tahun ke atas.

Kursus dan ujian yang perlu diambil :

• Perlu mendapatkan sijil memandu profesional yang dikenali sebagai Driver Certificate of Professional Competence (CPC). Untuk mendapatkan CPC, pelatih harus mendapatkan:

  1. Lesen bas sementara
  2. Lulus Driver CPC part 1 test: Theory
  3. Lulus Driver CPC part 2 test: Case studies
  4. Lulus Driver CPC part 3 test: Driving Ability
  5. Driver CPC part 4 test: Practical Demonstration

• Selepas 5 tahun, pemandu mestilah mengambil kursus Driver CPC selama 35 jam atau memperbaharui lesen memandu bas seiranya berumur lebih dari 45 tahun.

 

flag_of_canada-svg
Kanada

Kelayakan :

• Perlu ada lesen memandu kereta Class 5  sekurang-kurangnya 2 tahun, mempunyai rekod memandu yang baik.

Kursus dan ujian yang perlu diambil :

• Pelatih perlu lulus ujian kesihatan/penglihatan. Selepas itu, pelatih harus mengambil “Knowledge Test” yang membolehkan pelatih mendapatkan lesen pelajar (Learners).

• Pelatih juga boleh mendapatkan ujian bagi mengendalikan kenderaan yang mempunyai air brake system (F endorsement) dan ujian mengendalikan kenderaan manual (M endorsement).

• Pelatih mesti lulus dengan sekurang-kurangnya markah 75%. Setelah mendapat lesen pelajar, pelatih harus menjalani kursus on the road selama 3 bulan dan diikuti dengan 2 ujian di jalan raya (Circle Check Test dan The Heavy Vehicle Road Test).

 

Maklumat Lanjut mengenai LESEN di Malaysia | SPAD