Dikala kadar kebankrapan yang semakin meninggi terutamanya dikalangan golongan Gen Y, Bank Rakyat memperkenalkan pula perkhidmatan kad kredit Kad Muslimah. Merujuk kepada infografik kami yang lalu ;
muflis
47% dari golongan GEN Y mempunyai hutang kad kredit yang tinggi dan 45% dari pemegang kad kredit tidak membuat bayaran balik tepat pada masanya.
Dengan pengenalan Kad Muslimah ini, pihak bank seperti mahu golongan muda terutamanya wanita berbelanja lebih dari kemampuan. Ini disokong oleh hasil kajian Asian Institute of Finance yang mendapati 40% dari golongan GEN Y berbelanja diluar kemampuan.
Oleh itu, sebaik-baiknya jangan memohon untuk mendapatkan kad kredit dan sekiranya mempunyai hutang yang tidak terurus, hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan bantuan.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan 11,672 kes melibatkan pengurusan kewangan setakat 31 Oktober lalu dengan jumlah keseluruhan bernilai RM476.6 juta.
Sejak beroperasi mulai April 2006, seramai 492,793 pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan 164,272 daripada mereka mendapat bantuan menerusi Program Pengurusan Kredit.